Screenshot 2025 01 02 093945

KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Kerajaan negeri sedang memperkemas prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani kemungkinan kes kecurian sumber hutan dan pemburuan haram apabila perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bermula kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Dato' Razali Idris berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pencerobohan susulan adanya akses jalan ke lokasi perlombongan.

"Ketika ini projek perlombongan REE di negeri ini masih di peringkat eksplorasi serta persampelan.

"Jadi ada kebarangkalian (pencerobohan) apabila dah ada akses jalan ke kawasan perlombongan, pemburu atau pembalak haram boleh masuk," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2024/2025 dan Pelancaran Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan serta Pelancaran Lagu Tranung Dok Rilek di Mayang Mall, hari ini.

Bagaimanapun tegas beliau, setakat ini tiada kes pencerobohan hutan dan pemburuan haram dilaporkan berlaku.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan tidak bercadang menubuhkan jawatankuasa khas baru, sebaliknya jawatankuasa khas sedia ada akan diperkemas dan ditingkatkan apabila perlombongan REE mula beroperasi.

"Jawatankuasa khas dianggotai Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sudah diwujudkan bertujuan mengaktifkan kekerapan rondaan, termasuk di kawasan perlombongan REE.

"Kita sudah mempunyai maklumat jumlah keseluruhan harimau dan gajah yang berada di hutan simpan di negeri ini dan jika berlaku kehilangan, tindakan mengesan akan segera dilakukan," katanya.

Screenshot 2025 01 02 093635

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu belum memperoleh hasil daripada aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini oleh dua syarikat yang diberi kelulusan.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata syarikat itu masih dalam proses penerokaan serta persampelan awal.

Katanya, kerajaan negeri menerima permohonan untuk aktiviti perlombongan REE daripada 13 syarikat, tetapi hanya dua syarikat diluluskan untuk kerja-kerja awalan pada September lalu.

"Kerajaan meluluskan kawasan penerokaan seluas kira-kira 160 hektar kepada dua syarikat itu untuk melakukan kajian awalan hasil REE.

"Permohonan daripada 11 lagi syarikat untuk melakukan aktiviti penerokaan REE dijangka akan diluluskan secara berperingkat pada suku pertama tahun ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika mengulas berkemungkinan akan berlaku ketirisan penjualan hasil, Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Putera, berkata kerajaan membuat ketetapan semua hasil tidak boleh dibawa keluar daripada negeri ini sewenang-wenangnya.

Katanya, semua syarikat perlombongan REE sudah ditetapkan menyerah dan menjual hasil perlombongan itu kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) Terengganu.

"Kaedah itu bagi memastikan tidak berlaku ketirisan pengeluaran REE," katanya.

Mengulas kemungkinan berlaku pencerobohan hutan dan pemburuan haram, Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Perhutanan.

"SOP itu akan ditambah nilai untuk memastikan tidak berlaku pencerobohan hutan dan pemburuan haram apabila operasi perlombongan bermula," katanya.

Screenshot 2025 01 02 093151

Redstar Capital Sdn Bhd, salah satu daripada dua syarikat perlombongan bijih besi yang dipertikai oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Kelaik, Kelantan, berkata mereka hanya melakukan kerja penyelenggaraan empangan.

Ini berlaku selepas Orang Asli terbabit mendakwa mempunyai bukti bahawa syarikat perlombongan itu masih beroperasi di kawasan itu walaupun kerajaan pada 18 Dis lepas memaklumkan syarikat itu didapati tidak beroperasi semasa pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kami tidak mempunyai sebarang operasi yang dirancang. Apa yang kami lakukan ialah penyelenggaraan empangan.

“Kami belum menghidupkan mesin kami. JMG (Jabatan Mineral dan Geosains) kata kita boleh jalankan kerja penyelenggaraan.

“Penduduk kampung tidak tahu apa (mengenai) operasi atau penyelenggaraan kami,” kata pengurus pentadbiran syarikat itu, Julice Chu kepada Malaysiakini hari ini.

Berdasarkan semakan Malaysiakini sebelum ini, sungai berhampiran sumber air di puncak Bukit Tambun telah dijadikan sebagai kolam air.

Kolam air itu digunakan untuk menyediakan air bersih bagi operasi perlombongan.

Terdahulu, penduduk kampung Orang Asli di Kampung Kelaik mendakwa Redstar Capital masih beroperasi di kawasan itu walaupun Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebaliknya.

Kementerian juga telah mengarahkan operasi perlombongan di kawasan itu dihentikan.

Dalam laporan polis yang dibuat Ketua Jawatankuasa Bertindak Kampung Kelaik Ahak Uda semalam, dia berkata penduduk kampung mendapati lombong Redstar Capital masih aktif pada 27 Dis - sembilan hari selepas kementerian berkata arahan henti kerja dikeluarkan.

Mereka juga merakam video tentang jentera yang beroperasi di lombong itu sebagai bukti.

"Adakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan tidak menjalankan pemantauan?

"Bagaimana YB Nik Nazmi Nik Ahmad boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Redstar Capital telah menghentikan operasi, sedangkan kami mempunyai bukti video bahawa syarikat tersebut masih beroperasi?

"Adakah JAS Kelantan bersekongkol dengan syarikat perlombongan ini, atau menteri telah menerima maklumat yang salah," kata Ahak.

"Tiada perintah henti kerja dikeluarkan"

Berhubung perkara itu, Chu menyebut bahawa syarikatnya masih belum menerima sebarang perintah henti kerja daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Sehingga hari ini, saya belum menerima sebarang surat daripada JAS dan hanya mengetahui tentang (perintah henti kerja) melalui berita,” tambahnya.

Ketika dihubungi, Pengarah JAS Kelantan, Aminordin Kamaruddin, mengesahkan bahawa perintah henti kerja masih belum dikeluarkan kepada Redstar Capital dan mengatakan hanya arahan lisan telah diberikan berhubung perkara itu.

Dia turut menyebut bahawa semasa dua lawatan yang dilakukan pada Disember, syarikat itu didapati tidak beroperasi dan menjelaskan bahawa operasi di kawasan perlombongan itu berada di bawah bidang kuasa Jabatan Mineral dan Geosains.

“Walau bagaimanapun, kami telah meminta mereka menghentikan kerja mereka sehingga keputusan sampel air diperolehi.

“Kami sedang mengambil sampel logam berat seperti yang disebut dalam artikel Malaysiakini, termasuk kromium dan arsenik,” katanya kepada Malaysiakini.

Aminordin berkata JAS perlu mengikut prosedur kerana Redstar Capital beroperasi dengan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Kami telah mengeluarkan perintah henti kerja kepada Aqua Orion Sdn Bhd kerana mereka beroperasi tanpa laporan EIA yang diluluskan.

“Namun, bagi Redstar Capital, kami akan melihat jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap piawaian kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kami bimbang jika syarikat itu diminta menghentikan kerja mereka tanpa asas - berdasarkan piawaian (effluent) kami dan analisis kimia - kami mungkin didapati bersalah,” katanya.

Aminordin juga mengesahkan bahawa Redstar Capital telah menghantar sampel air secara suku tahunan - dari lokasi yang ditetapkan dalam laporan EIA.

Dia berkata, pengumpulan sampel air dari sungai dan kolam pengendapan menjadi cabaran kerana hujan lebat, tetapi keputusan dijangka akan diperolehi.

“Namun, memandangkan penduduk Orang Asli telah membuat laporan polis, saya akan menghantar pegawai saya ke sana untuk menyiasat,” tambahnya.

Screenshot 2025 01 02 092619

Penduduk Orang Asli dari Kampung Kelaik, Kelantan mendakwa mempunyai bukti sebuah syarikat perlombongan bijih besi masih beroperasi, walaupun Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada 18 Dis memberi jaminan lombong itu tidak beroperasi.

Dalam laporan polis yang difailkan oleh ketua Jawatankuasa Tindakan Kampung Kelaik, Ahak Uda semalam, dia berkata penduduk mendapati lombong Redstar Capital masih beroperasi pada 27 Disember – sembilan hari selepas kementerian menyatakan arahan berhenti kerja telah dikeluarkan. 

Mereka turut merakam bukti  video menunjukkan jentera beroperasi di lombong tersebut

Screenshot 2024 12 31 130513

KUCHING: The state government has raised concerns about the need to pursue industries like rare earth element (REE) mining, which could harm the environment, when Sarawak has more environmentally friendly industries.

Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg said the state government would not rush into implementing REE mining activities.

Although studies on REE have been conducted, he said, the state government has no plans to mine the mineral as it would cause environmental damage.

"This mining (REE) requires thorough research because it can affect the environment. So, for me, if we have other options, why should we carry out an industry that could harm the environment when we have other industries that are cleaner and more environmentally friendly?" he said.

He said this after attending the groundbreaking ceremony of the Chia Hia Khor Moral Uplifting Society Sarawak (CHKMUS) today.

Also present were the Works Minister, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Deputy Premier, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; and Sarawak Women, Childhood and Community Wellbeing Development Minister, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

He said this in response to a report from the Department of Mineral and Geoscience (JMG), which listed Sarawak among the top 10 states identified as having potential REE deposits, with an estimated value of RM809.6 billion.

Abang Johari said Sarawak would reconsider REE mining only if there were no other options or if circumstances became urgent.

"Unless it's absolutely necessary (we may consider it), but right now we are not desperate because we have other industries to generate income... so for now, we will put REE on hold," he said.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input