Screenshot 2024 12 05 082943

IPOH: Perak needs to have good relations with neighbouring countries as there is a need to trade non-radioactive rare earth element (NR-REE) products with them, says Datuk Seri Saarani Mohamad.

The Mentri Besar said the state already has good relations with neighbouring countries in the Indonesia-Malaysia-Thailand growth triangle (IMT-GT).

 

However, he said developing strong ties with other Asean countries outside the IMT-GT was also important.

“We need to trade with them, especially when we have products from the earth, namely lanthanide or NR-REE.

 

“It is important because we have decided not to export raw NR-REE, but export end products such as magnets, electric vehicles and so on,” he said in reply to a supplementary question from Dr Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) at the state assembly sitting on Wednesday (Dec 4).

Aziz wanted to know which Asean countries the state was working with besides Singapore.

He also asked about a recent visit by Singapore's High Commissioner to Malaysia.

Saarani said the Singapore delegation explored potential investment opportunities in projects of high interest when High Commissioner Vanu Gopala Menon visited Perak recently.

He said the meeting on Oct 8 discussed economic and investment matters, among others.

He said the discussions were mainly on high-interest projects such as the Silver Valley Technology Park, Automotive High Technology Valley, Lumut Maritime Industrial City, Perak Halal Industrial Park, and the Kerian Integrated Green Technology Park.

“The state government’s representatives took the opportunity to (brief the visitors on) the Perak Industrial Blueprint action plan, which will drive the growth of the manufacturing, services and digital economy sectors in line with the Perak Sejahtera 2030 plan.

“Also discussed was the tourism industry ecosystem in Perak which promises various unique and interesting attractions in terms of its natural beauty, history and culture,” he said.

“The Darul Ridzuan Institute presented the results of a collaboration with the Singapore University of Social Sciences in the form of plans, projects and programmes focusing on key areas such as agriculture, digital, education and infrastructure,” he added.

Saarani also said tourist entry from Singapore is facilitated by three direct flights to Ipoh daily.

 

Screenshot 2024 12 05 082455

IPOH, 4 Disember - Kerajaan Perak akan terus memperkukuhkan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Ini berikutan negeri itu berhasrat bagi memperkasa sektor perdagangan antarabangsa dengan negara-negara berkenaan khususnya dalam industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama itu juga diperkasakan bersama-sama Negara Gajah Putih melalui Pertumbuhan Segitiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

"Kita ada keperluan untuk berdagang dengan mereka terutama apabila kita ada hasil daripada bumi iaitu lantanida ataupun NR-REE, maka keperluan untuk kita berdagang dengan negara-negara jiran adalah penting.

"Ini kerana kita sudah buat keputusan tidak boleh eksport 'raw NR-REE' ini melainkan kita mengeksport produk seperti magnet, elektirk dan sebagainya," Saarani menjawab soalan tambahan dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh.

Tambahnya, selain Asia Tenggara Perak turut memperteguhkan hubungan dengan negara-negara yang berada luar daripada rantau ini.

Screenshot 2024 12 05 081007

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan kepakaran dalam pemprosesan unsur nadir bumi (REE) secara efisien serta tidak berbahaya bagi membolehkan rakyat di negara ini berasa yakin dan selamat dengan sumber ekonomi itu.

Ini kerana REE amat penting kepada penjanaan ekonomi moden yang menjadi kunci utama dalam pembangunan produk seperti telefon pintar, komputer, bateri, kereta elektrik (EV) serta kincir angin.

Sumber bagi penghasilan produk sedemikian melibatkan REE bukan radioaktif yang terdapat di negara ini, namun proses mengoksida nadir bumi adalah kritikal kerana ia melibatkan ekstrak sebatian nadir bumi dari sumber asalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Greensnow Sdn. Bhd. Datuk Nik Abdul Mubin Nik Mahmood berkata, seiring perkembangan teknologi dan peningkatan permintaan terhadap tenaga boleh diperbaharui, REE amat penting bagi penghasilan produk dalam memenuhi keperluannya.

“Unsur nadir bumi sentiasa wujud dalam bentuk sebatian apabila diekstrak daripada sumber asalnya. Namun, kerana unsur-unsur itu sangat serupa dari segi kimia, proses untuk memisahkan mereka menjadi oksida tersendiri agak mencabar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam perkembangan teknologi, pelan tindakan perlu diwujudkan bagi memproses REE bukan radioaktif dengan memulakan pembinaan kemudahan pemprosesan bahan tersebut di Malaysia.

“Greensnow kini menjalankan penyelidikan pengekstrakan REE bukan radioaktif daripada simpanan tanah liat penjerapan ion di Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang turut memberi tumpuan kepada sektor pertengahan industri nadir bumi bagi membangunkan teknologi pemprosesan terkini untuk pemisahan unsur nadir bumi bukan radioaktif.

“Syarikat bersama UTP juga bar-baru ini mengadakan lawatan ke Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) di Jakarta, Indonesia yang mana UTP menandatangani perjanjian kerjasama dengan BRIN bagi penyelidikan pembangunan teknologi mampan bagi pemisahan REE bukan radioaktif,” ujarnya

Katanya lagi, Greensnow dan UTP memberi tumpuan kepada industri REE di sektor huluan dan pertengahan, dan akan menubuhkan loji perintis bagi pemprosesan unsur bukan radioaktif di Malaysia dengan kerjasama UTP, Agensi Nuklear Malaysia, dan BRIN Indonesia.

“Kita tahu BRIN mencapai kejayaan besar dalam teknologi pemprosesan REE. Oleh itu, keperluan untuk menubuhkan kemudahan pemprosesan nadir bumi yang canggih di Malaysia adalah amat mendesak,” jelasnya.

Sementara Ketua Pusat Penyelidikan Teknologi Bahan Nuklear dan Sisa Radioaktif BRIN, Dr. Maman Kartaman Ajiriyanto pula memaklumkan, BRIN mempunyai pengalaman luas dalam pemprosesan REE di Indonesia selain penubuhan konsortiumnya pada 2015.

“BRIN mencapai kejayaan besar dalam teknologi pemprosesan REE. Oleh itu, keperluan untuk menubuhkan kemudahan pemprosesan nadir bumi yang canggih di Malaysia menjadi keutamaannya.

“BRIN mampu memproses unsur nadir bumi dengan kapasiti sekitar 50 kilogram setiap kelompok. Dari segi penyelidikan, kapasiti itu agak besar dan kami mencapai kejayaan yang signifikan dalam pemisahan beberapa unsur nadir bumi dengan ketulenan melebihi 90 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

 

Screenshot 2024 12 04 080607

IPOH - Kerajaan Perak telah mewartakan kawasan Hutan Simpan (HS) Durian Pipit di daerah Hulu Perak seluas hampir 1,000 hektar bagi menggantikan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang di daerah Manjung yang dimansuhkan bagi tujuan pengkuarian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri telah membatalkan sebahagian kawasan HSK Segari Melintang berjumlah 548.1 hektar mengikut Seksyen 11 dan 12, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 yang membenarkan pihak berkuasa negeri mengeluarkan atau memansuhkan HSK bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan sedia ada.

Menurutnya, hasil semakan yang dijalankan ke atas kawasan tersebut mendapati terdapat aktiviti pengkuarian yang aktif dan kelulusan sedia ada bagi mengusaha hasil dan mengeluarkan batu-batan granit di bawah pengelasan Hutan Pengeluaran.

"Aktiviti kuari yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan yang telah dibatalkan status sebagai sebahagian HSK ini akan tertakluk kepada pemakaian tenemen mineral iaitu Pajakan Melombong di bawah kawalan Enakmen Mineral Perak (2003).

 

"Ia akan diurus bersama dengan pemakaian Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan lain-lain undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkuat kuasa agar segala pelaksanaan aktiviti kuari ini akan dapat dijalankan dengan lestari, selaras dengan Agenda Perlombongan Bertanggungjawab di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

 

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang membuat penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan-kawasan di dalam HSK sebagai hutan perlindungan dan hutan pengeluaran termasuk sebahagian kompartmen 15, HSK Segari Melintang.

Jelasnya, ia dilakukan bagi memelihara dan melindungi ekosistem flora dan fauna di kawasan berkenaan dan di semua kawasan hutan yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar selari dengan tujuan pengkelasan fungsi hutan di bawah Seksyen 10, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

"Kerajaan negeri amat komited terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pencapaian matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.

"Sehubungan itu, hasil penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal ini akan dimasukkan ke dalam Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Perak 2026-2035," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata, kerajaan negeri telah meneliti Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dan menimbang pemakaiannya di negeri Perak dan cadangan pemakaian akta tersebut akan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Screenshot 2024 12 03 162701

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah membatalkan sebahagian kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang seluas 548.1 hektar dengan tanah kerajaan di Mukim Durian Pipit, Hulu Perak seluas kira-kira 999.58 hektar sebagai hutan simpan baharu.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.

Tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 11 dan 12, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan atau memansuhkan HSK bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan sedia ada.

 "Pemansuhan tersebut perlu dilaksanakan penggantian dengan mengambil kira keluasan yang lebih kurang sama," katanya ketika sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Saarani (BN-Kota Tampan) menjawab soalan Razman Zakaria (PN-Gunong Semanggol) yang ingin tahu mengenai langkah mitigasi dan keprihatinan kerajaan negeri berkaitan isu alam sekitar khususnya membabitkan hutan simpan yang telah dinyahwartakan seperti di Hutan Simpan Segari Melintang.

Saarani bekata, sebelum ini hasil semakan mendapati terdapat aktiviti pengkuarian yang aktif dan kelulusan sedia ada bagi memecah batu dan mengeluarkan batu batan granit (kuari) di bawah pengelasan Hutan Pengeluaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 545 hektar dalam Hutan Simpan Segari Melintang.

Beliau berkata aktiviti pengkuarian yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan yang telah dibatalkan status sebagai sebahagian hutan simpan tertakluk kepada pemakaian tenemen mineral iaitu Pajakan Melombong di bawah kawalan Enakmen Mineral Perak (2003).

Menurut Saarani, pemakaian tenemen mineral itu juga akan diurus bersama pemakaian Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan undang-undang lain berkuat kuasa agar segala pelaksanaan aktiviti pengkuarian dapat dijalankan dengan lestari.

"Bagi memelihara dan melindungi ekosistem flora dan fauna di kawasan ini dan di semua kawasan hutan yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar, kerajaan negeri sedang membuat penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan dalam Hutan Simpan Kekal sebagai hutan perlindungan dan hutan pengeluaran," katanya.

Saarani berkata, kerajaan negeri amat komited terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pencapaian matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.

"Sehubungan itu, hasil penelitian semula kesesuaian dan potensi kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal ini akan dimasukkan ke dalam Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Perak 2026-2035.

"Untuk makluman, kerajaan negeri telah meneliti Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] dan menimbang pemakaiannya di negeri Perak. Cadangan pemakaian Akta A1667 ini akan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.

 
 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input