Screenshot 2024 12 30 074454

KEMAMAN: Jabatan Perhutanan Terengganu (JPNT) mematahkan kegiatan disyaki cubaan mengesan unsur nadir bumi (REE) dalam kawasan Kompartmen Enam, Hutan Simpan Bukit Bandi, di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Norhaidi Yunus berkata, terdahulu pasukan Unit Operasi dan Penguatkuasaan JPNT melakukan rondaan sebelum menjumpai sembilan individu berusia antara 20 hingga 56 tahun yang dilihat menjalankan aktiviti mengorek tanah di lokasi terbabit.

Beliau berkata, lima daripada mereka membabitkan dua warga tempatan serta tiga warga Indonesia dan China berjaya ditahan, manakala empat lagi melarikan diri ke dalam hutan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki kebenaran yang sah atau permit daripada pihak jabatan untuk memasuki Hutan Simpan Bukit Bandi.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati kumpulan terbabit dipercayai melakukan aktiviti mengorek tanah untuk mengesan kandungan REE sebelum bertindak lanjut.

“Pasukan turut menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan oleh mereka untuk mengorek lubang bertujuan mengambil contoh tanah bagi menentukan sumber mineral yang terdapat di kawasan terbabit. Peralatan terbabit kemudian disita.

 

“Difahamkan, kumpulan itu mempunyai pengalaman luas dalam mengesan kandungan REE. Mereka disyaki mengambil contoh tanah pada kedalaman tertentu untuk dibawa pulang dan bagi tujuan ujian di makmal,” katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Norhaidi menegaskan, JPNT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan untuk apa juga tujuan.

Beliau memaklumkan untuk memasuki hutan simpan, pihak berkaitan perlu memiliki permit yang dikeluarkan jabatan.

Katanya, pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

“Kita akan menyiasat dakwaan kumpulan terbabit yang mereka memiliki kebenaran daripada pihak tertentu untuk melakukan aktiviti mengesan REE dalam Hutan Simpan Bukit Bandi,” katanya.

Screenshot 2024 12 19 090459

KUALA LUMPUR – Kelewatan memulakan industri nadir bumi boleh mengakibatkan Malaysia kerugian bersamaan satu peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah lebih RM500 bilion menjelang 2050 dengan peluang pekerjaan 25,000 orang.

Felo Industri Pusat Kelesta­rian Mineral dan Teknologi Pe­mulihan Sumber (Pusat SMaR­RT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Datuk Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, perkembangan industri nadir bumi negara pada ketika ini membimbangkan kerana ia sangat perlahan dan merugikan Malaysia termasuk penjanaan pendapatan untuk negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi berkenaan.

Katanya, industri nadir bumi perlu dibangunkan dengan bersungguh-sungguh selain kerenah birokrasi adalah sebahagian punca kerencatan perkembangan industri berkenaan.

Ujar beliau, dengan kedudukan simpanan nadir bumi ketika ini hampir 70 peratus berada dalam tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, ia menjadi salah satu ‘duri dalam daging’ bagi Kerajaan Pusat.

“Jika dilihat statistik beberapa kajian nadir bumi negara (jika kita mengambil manfaat lima peratus sahaja daripada jumlah 16 juta tan nadir bumi negara), setiap negeri dianggarkan kerugian RM300 ke RM500 juta setahun daripada royalti perlombongan nadir bumi.

“Jumlah royalti antara 12 peratus hingga 15 peratus, hasil pajakan tanah yang mana ia bergantung pada kuantiti simpanan yang ada.

“Untuk negara, kerugian dalam sektor huluan atau perlombongan ini menjelang 2030 adalah lebih daripada RM2 bilion dengan terlepasnya peluang pekerjaan sebanyak 3,000 orang,” lapor Utusan di Kuantan.

Mengulas lanjut, Badhrulhisham yang juga Presiden Nadibumi International Sdn. Bhd., berkata, untuk sektor pemprosesan pula, negara akan kerugian lebih RM7 bilion dalam pendapatan dengan anggaran hilangnya peluang pekerjaan 1,000 orang menjelang 2030.

Bagi sektor hiliran dalam pemprosesan ‘metal refining’ pula katanya, negara akan mengalami kerugian RM4 bilion dengan terlepasnya peluang pekerjaan 300 orang, juga menjelang 2030.

“Untuk pendapatan daripada sektor hiliran seperti super magnet pula, menjelang 2030, kita akan kerugian lebih RM8 bilion pendapatan dengan peluang pekerjaan dianggarkan 10,000 pekerjaan.

“Jika seterusnya kita tidak berjaya mewujudkan kilang motor elektrik dengan menggunakan super magnet tersebut, maka negara akan kerugian pendapatan lebih RM5 bilion dengan peluang pekerjaan 10,000 orang menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata, negara juga akan terlepas peluang pembangunan teknologi tempatan, pembangunan modal insan dalam bidang nadir bumi dan memanfaatkan tenaga kerja terlatih seperti dari kilang Lynas di Gebeng dekat sini.

“Negara juga akan terlepas peluang pelaburan dalam pembuatan kenderaan elektrik (EV) tidak kira dari dalam atau luar, akan berlaku jika kita ada kilang-kilang pemprosesan dan hiliran,” katanya.

Terdapat 10 negeri membabitkan 29 kawasan mempunyai unsur nadir bumi tempatan, Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai pasaran RM810 bilion. Ia terdapat di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Tiga negeri di Pantai Timur, Terengganu, Kelantan dan Pahang serta dua di negeri di utara iatu Perak dan Kedah merekodkan jumlah IAC-REE melebihi satu juta tan. Terengganu paling banyak di Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman dan Dungun membabitkan 7.2 juta tan dengan nilai pasaran berjumlah RM362 bilion.

Kelantan negeri kedua di Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang membabitkan 2.5 juta tan IAC-REE, nilai pasaran RM2.9 bilion, Perak (1.6 juta tan), Pahang (1.2 juta tan) dan Kedah (1.1 juta tan).

 

Screenshot 2024 12 19 090101

KUALA LUMPUR – Dua syarikat perlombongan diarahkan menghentikan kerja-kerja melombong kerana dibimbangi menjadi punca pencemaran Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, arahan pemberhentian kerja melombong itu dikeluarkan kementeriannya melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan diserahkan kepada dua syarikat iaitu Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn. Bhd (Redstar Capital Sdn. Bhd.) dan Syarikat Aqua Orian Sdn. Bhd.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan JAS berkaitan pematuhan kedua-dua syarikat terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Hasil siasatan mendapati Syarikat Aqua Orion Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah subseksyen 34A(3). Kertas siasatan akan dibuka dengan segera di bawah subseksyen 34A(6).

“Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn. Bhd. (Redstar Capital Sdn. Bhd.), hasil siasatan mendapati premis tidak beroperasi di mana tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan Laporan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

Menurut Nik Nazmi, JAS juga akan mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan supaya menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat Aqua Orion Sdn. Bhd. sehingga Laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan.

“Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek dan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah berhadapan dengan hukuman penjara mandatori selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM1,000,000,” katanya.

Tegasnya, pihaknya komited dan mengambil tindakan tegas dalam menangani sebarang isu berhubung pencemaran dan menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1800882727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Screenshot 2024 12 19 085638

PUTRAJAYA: The Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry has issued a stop-work order to two mining companies suspected of causing pollution in Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.

Minister Nik Nazmi Nik Ahmad said the decision followed investigations by the Department of Environment (DOE) into compliance of both companies with the Environmental Quality Act 1974 (Act 127).

“Investigations revealed that Aqua Orion Sdn Bhd had carried out activities without obtaining the necessary approval under subsection 34A(3). Investigation papers will be opened immediately under subsection 34A(6),” he said in a statement today.

As for Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd (Redstar Capital Sdn Bhd), Nik Nazmi said the investigation found that the premises was not operational, and no iron ore mining or processing was being carried out.

 

He said that enforcement action will be taken under Act 127 if project proponents fail to comply with any of the conditions outlined in the Environmental Impact Assessment (EIA) report to ensure that the project’s implementation reduces and minimises impacts on sensitive environmental receptors.

 

Nik Nazmi said DOE would also send a letter to the Kelantan Land and Mines Office to delay the renewal of Aqua Orion Sdn Bhd’s mining licence until the EIA report is submitted for assessment and approval.

Continuous monitoring will be carried out at the project site, and strict action will be taken for any non-compliance with the act, he added.

Screenshot 2024 12 19 084935

 

PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Arahan henti kerja perlombongan telah dikeluarkan kepada dua syarikat yang dikhuatiri menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pematuhan kedua-dua syarikat kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).


"Hasil siasatan mendapati Syarikat Aqua Orion Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah subseksyen 34A(3). Kertas siasatan akan dibuka dengan segera di bawah subseksyen 34A(6)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Bagi Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd (Redstar Capital Sdn Bhd) pula Nik Nazmi berkata, hasil siasatan mendapati premis tidak beroperasi, dan tidak ada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.


Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar.


Nik Nazmi berkata JAS juga akan mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan supaya menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat Aqua Orion Sdn Bhd sehingga laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan.


Beliau berkata pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek dan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas.


-- BERNAMA

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input