Jangan sampai REE jadi milik orang lain

screencapture utusan my commentary jangan sampai ree jadi milik orang lain 2025 05 14 08 19 30 001

DALAM ramai memikirkan bagaimana mahu meningkatkan pendapatan dan juga
ekonomi negara, rupa-rupanya Malaysia memiliki rizab yang besar unsur nadir bumi
atau rare earth element (REE) yang dianggarkan bernilai RM800 bilion.


Bukan semua tempat ada REE tetapi yang jelas ada di Kelantan, Terengganu, Pahang,
Kedah dan Perak. Sumber mineral itu sudah lama ada cuma sejak sedekad lalu
permintaannya semakin tinggi.


lni kerana unsur nadir itu diperlukan dalam pelbagai pembuatan produk moden hari ini
seperti kereta elektrik dan hibrid, bahan semikonduktor, pemacu dalam komputer,
tablet, telefon dan televisyen pintar.


Selain itu logam REE juga diperlukan dalam industri bateri, sistem paparan elektronik
dan navigasi, magnet berintensiti tinggi, radar, sonar, pembuatan kaca dan
pencahayaan.


Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Hazizan Mohd. Hashim, pensyarah dalam bidang
perlombongan dan alam sekitar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bohan dan Sumber
Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), perspektif umum mengaitkan REE sebagai
berbahaya dan beradioakftif namun REE yang ditemui di Malaysia jauh lebih selamat
dan tidak memudaratkan


la kerana Malaysia terletak di garis khatulistiwa yang membolehkan proses
peluluhawaan pada lapisan batuan granit berlaku secara semula jadi selain dibantu
faktor-faktor lain seperti tindakbalas redoks, perubahan tekanan, suhu serta aktiviti
hidroterma yang membantu proses pengayaan ion REE dan hal ini yang membezakan
REE di Malaysia berbanding negara-negara lain.

Boleh dikatakan REE industri baharu yang sangat lumayan. Daripada
perlombonqannya, penqekstrakan dan juqa menqhasilkan produk akhir, banyak pihak yang boleh mendapat manfaat.
Namun ia bukan sahaja soal wang tetapi juga penguasaan teknologi dalam setiap
peringkat. Bersediakah kita untuk membangunkan sumber ekonomi baharu itu?
Ada yang berpendapat kita ada pakar dalam bidang itu, perlombongan boleh
dijalankan tetapi ado masalah di peringkat pengekstrakan dan yang ada kata negara
belum bersedia untuk mengeluarkan produk akhir.


lni persoalan-persoalan yang perlu diteliti oleh kerajaan dalam membangunkan
industri REE. Kawasan-kawasan yang tertanam unsur nadir itu perlu dikenalpasti dan
halo tuju pembangunannya juga perlu disusun selain tenaga pakar tempatan dalam
bidang itu juga perlu dilibatkan sama.


Negara tidak boleh kehilangan peluang dalam membangunkan sumber baharu itu
lebih-lebih teknologinya dikuasai oleh China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang
sudah lama dalam perlombongan itu.


Kerjasama kerajaan negeri don Pusat juga perlu diperkukuhkan dalam industri itu
supaya ia benar-benar membawa manfaat kepada negara.


Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia -
UTUSAN

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input