Page 159 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 159
144 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
BAB 10 KOMPONEN 8: JARINGAN HUBUNGAN
10.1 PENGENALAN
Merujuk Operational Guideline for UNESCO Global Geopark (UGGp) (2016),
penubuhan jaringan Geopark dan keahlian dalam Global Geopark Network (GGN)
adalah digalakkan (Kriteria 6) bagi berkongsi pengalaman, memberikan khidmat
nasihat, serta menjalankan projek bersama-sama dengan ahli dalam jaringan geopark
tersebut. Jaringan hubungan ini menekan dan menyerlahkan pertalian persahabatan
(sistership) intra-dan inter-geopark di semua peringkat. Pertemuan dan komunikasi
secara berterusan akan mengukuhkan nilai sepunya terhadap warisan dalam
kalangan anggota jaringan geopark.
GGN telah mengenal pasti pelbagai tema kumpulan kerja untuk dijadikan
medan perkongsian dan jaringan hubungan antara geopark supaya perkongsian
warisan dan amalan baik dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berupaya
menyelesaikan isu semasa secara bersama. Antara tema Kumpulan Kerja di bawah
GGN ialah:
1. Kumpulan Kerja Geobencana GGN / GGN Working Group on Geohazards
2. Kumpulan Kerja Warisan Geologi dan Kepelbagaian Geologi GGN / GGN
Working Group on Geological heritage & Geodiversity
3. Kumpulan Kerja Perubahan Iklim & Pelaksanaan SDGs GGN / GGN Working
Group on Climate Change & SDGs Implementation
4. Kumpulan Kerja Pelancongan GGN / GGN Working Group on Tourism
5. Kumpulan Kerja Pendidikan GGN / GGN Working Group on Education
6. Kumpulan Kerja Kawasan Kepulauan dan Pesisir Pantai / Air / Laut GGN /
GGN Working Group on Island and Coastal areas / Water / Ocean
7. Kumpulan Kerja Orang Asal GGN / GGN Working Group on Indigenous
People
8. Kumpulan Kerja Kerjasama Antarabangsa GGN / GGN Working Group on
International Networking
9. Kumpulan Kerja Komunikasi GGN / GGN Working Group on Communication