Screenshot 2025 01 10 094159

KOTA BHARU: Pemantauan secara bersama terus dipergiatkan bagi memastikan tiada kegiatan perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) di semua negeri.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, soal mineral sememangnya di bawah bidang kuasa negeri namun pihaknya tetap akan memantau bersama kerajaan negeri bagi memastikan dasar yang dibuat dapat dipatuhi.

"Kena kerjasama dengan kerajaan negeri sebab soal mineral adalah bidang kuasa negeri tapi kita akan memantau secara bersama.

"Kita pun ada ambil tindakan bila ada perlombongan haram dan sebagainya untuk memastikan dasar yang kita sudah tetapkan akan dapat dipatuhi.

"Seperti yang kita sedia maklum, dasar yang ada hari ini, perlombongan dibolehkan tapi pemprosesan itu perlu dibuat dalam negara, jadi itu dasar yang ditetapkan dan kita sudah berbincang dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai bentuk pemantauan yang dibuat, beliau berkata, ia bergantung kepada lokasi iaitu jika di tanah hutan, pemantauan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan negeri manakala untuk tanah milik swasta, ada mekanisme yang khusus.

Bagaimanapun sebarang kegiatan perlombongan memang dikawal malah peranan kerajaan negeri juga sangat penting kerana membabitkan sumber mineral.

"Kalau tanah hutan, Jabatan Perhutanan terbabit, kalau di tanah swasta pula, mekanisme lain tapi benda tu (perlombongan) ada kita kawal dan peranan kerajaan negeri pun besar lah sebab ini soal mineral," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan lebih 1.2 juta hektar kawasan atau 12,150 kilometer persegi (km2) yang berpotensi memiliki unsur nadir bumi (REE) di seluruh negara terdedah kepada kegiatan risiko perlombongan haram kerana kaedah melombong yang mudah.

Menurut Penyelidik di Pusat Kajian Gold, Rare Earth and Material Technopreneruship Centre (GREAT), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Abdul Hafidz Yusoff, selain tidak memerlukan peralatan berat yang banyak, REE menjadi tarikan kegiatan haram itu kerana harga jualannya yang mahal.

Dalam kenyataannya lagi, proses untuk mendapatkan hasil REE itu jauh lebih mudah berbanding perlombongan lain seperti emas atau kuari serta aktiviti pembalakan.

Terdahulu Nik Nazmi hadir dalam majlis penyampaian 'mock title' bagi Skim Desa Seri Maju Padu Apartment kepada 40 pemilik kediaman, di sini, hari ini.

 

Screenshot 2025 01 10 093753

KOTA BHARU, 9 Januari - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited membendung aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya juga akan bekerjasama erat dengan kerajaan negeri memandangkan perlombongan mineral itu, bawah bidang kuasa mereka.
 
"Kita akan memantau secara bersama, apa itu jadi kita pun ada mengambil tindakan apabila ada perlombongan haram dan sebagainya untuk memastikan dasar yang kita sudah tetapkan dipatuhi.

"Jadi sebagaimana kita semua sedia maklum dasar yang ada harini  perlombongan dibolehkan tetapi pemprosesan perlu dibuat di dalam negara  jadi itu yang dasar kita tetapkanlah," kata Nik Nazmi.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Penyerahan Mock Title Hakmilik strata Skim Desa Seri Maju Padu Apartment Kota Bharu, Kelantan.

Mengulas lanjut katanya, pemantauan terhadap aktiviti perlombongan REE akan sentiasa dilakukan dengan melibatkan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan pembangunan REE itu dilakukan dengan lestari dan selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
 
Terdahulu media melaporkan, lebih 1.2 juta hektar kawasan atau 12,150 kilometer persegi (km2) yang berpotensi memiliki unsur nadir bumi (REE) di seluruh negara terdedah kepada kegiatan risiko perlombongan haram kerana kaedah melombong yang mudah.

Selain tidak memerlukan peralatan berat yang banyak, REE menjadi tarikan kegiatan haram itu kerana harga jualannya yang mahal.

Penyelidik di Pusat Kajian Gold, Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr Abdul Hafidz Yusoff berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan dan negeri memberi tumpuan kepada perlombongan REE kerana ia mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan hasil baharu.

Dalam pada itu Nik Nazmi memberitahu kementeriannya sedang giat melaksanakan pindaan dan penambahbaikan terhadap Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].

Ia bagi menangani permasalahan rakyat yang mendiami perumahan bertingkat atau strata khususnya kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah.
 
"Ini undang-undang biasalah kalau kita rasa ada perlu untuk penambahbaikan, apabila ia sudah beroperasi kita akan buat penambahbaikanlah, jadi ini kita dalam proses untuk memantapkan bersama dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kita memantapkanlah akta hak milik strata sebab sekarang kita tahu semakin banyak hak milik sekarang berbentuk strata semakin banyak pembinaan bangunan strata dan sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut katanya, masalah yang kerap dialami pembeli skim strata adalah kelewatan dan ketiadaan dokumen hakmilik strata.
 
Justeru, bagi menangani permasalahan tersebut, pihaknya menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sentiasa berbincang dalam pelbagai sesi libat urus denGAN Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur, Jabatan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PTG negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Screenshot 2025 01 02 095052

SEREMBAN, 31 Disember- Pasukan Penguatkuasaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan Pejabat Tanah Daerah sentiasa melaksanakan pemantauan serta rondaan berkala ke atas tanah termasuk aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara tidak sah.

Pengarah PTGNS Mohd Faizal Abdul Manap berkata, pasukan penguatkuasaan turut menggunakan dron GPS, Sistem MyLot dan  Google Map dalam proses pemantauan tersebut.

"Kami menghadapi cabaran terutama sekali terhadap kesalahan melombong REE berikutan kaedah melombong REE sukar dikesan. Ia berbeza dengan pelombongan konvensional kerana menggunakan jentera berat.

"Sebaliknya perlombongan REE berlindung di sebalik kawasan pertanian seperti rimbunan kelapa sawit dan tanaman lain. Ia menggunakan lubang kecil dan saluran paip merintangi kawasan tersebut menyebabkan ia sukar dikesan," katanya kepada pemberita di sini.

Pasukan pemantauan turut berdepan cabaran berikutan kawasan berpotensi mempunyai REE terletak di kawasan berbukit jauh di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengenakan tindakan terhadap tiga aktviti haram REE di Kampung Sikai, Kuala Pilah; Mukim Glami Lemi, Jelebu dan Jalan Batu Belang-Keru, Tampin.     

Dalam pada itu pemilik tanah atau pelombong diingatkan supaya membuat permohonan cari gali dan melombong REE secara sah kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan juga meluluskan serta mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan REE lengkap dan mematuhi undang-undang.

Screenshot 2025 01 02 094730

KUCHING: Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg announced that the state will not prioritize rare earth element (REE) mining, despite its inclusion among the top 10 states with significant REE potential. Citing environmental concerns, the Premier emphasized that such activities contradict Sarawak’s green economy agenda.

 


According to BERNAMA News Agency, Premier Abang Johari expressed the need for careful consideration before proceeding with REE mining due to its potential environmental impact. He stressed the importance of focusing on alternative economic activities that align with the state’s sustainable development goals. These remarks were made during a press briefing following the groundbreaking ceremony of the Che Hia Khor Kidney Foundation Moral Uplifting Society’s medical and commercial building project.

 


The Department of Minerals and Geosciences Malaysia (JMG) has identified 10 states, including Sarawak, with potential for REE extraction. The estimated value of these resources across the states is approximately RM809.6 billion. However, Premier Abang Johari’s stance suggests a cautious approach, prioritizing environmental preservation over immediate economic gain from REE mining.

 

Screenshot 2025 01 02 094247

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menilai keselamatan struktur tanah, menyediakan cadangan teknikal, mengkoordinasi tindakan pelbagai agensi dan pada masa yang sama untuk menangkis persepsi negatif yang timbul.

 

Unit Media DBKL berkata antara agensi luar yang terlibat adalah Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya (Cawangan Kejuruteraan Geoteknik), Institusi Jurutera Malaysia serta Pertubuhan Geoteknikal Malaysia.

“Pasukan Khas yang dibentuk telah bermesyuarat lebih dari lima kali secara fizikal dan maya dan yang terakhir pada 18 Disember 2024 yang lalu, bagi membincangkan penyediaan Laporan Akhir Insiden Lubang Benam.

“Ulasan daripada ahli Pasukan Khas ini telah diterima dan dikumpulkan oleh DBKL. DBKL sedang membuat penelitian terhadap keseluruhan isi kandungan laporan dan setelah itu laporan tersebut akan dikemukakan ke Kabinet pada awal tahun 2025 sebelum disahkan untuk disiarkan kepada umum,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh fasa pemulihan dan pembaikan, pemeriksaan terperinci telah dilaksanakan melibatkan kerja-kerja penyiasatan tanah secara deep boring bagi mendapatkan profail tanah di sekitar Jalan Masjid India.

“Sebanyak empat ujian deep boring telah dijalankan bagi menentu ukur lapisan tanah dan hasil dapatan telah dimasukkan di dalam laporan akhir Insiden Jalan Masjid India,” katanya.

Ujar kenyataan itu, beberapa kerja telah dilaksanakan termasuk baik pulih saluran kumbahan yang rosak oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) serta kerja-kerja pembaikan kemasan siar kaki di “Ground Zero” yang rosak.

“Selaiun itu, kerja-kerja pembaikan dan naik taraf saluran longkang di kawasan sekitar Wisma Melayu dan Jalan Masjid India yang disiapkan oleh DBKL.

“Pihak syarikat utiliti seperti syarikat telekomunikasi juga telah membaikpulih aset-aset mereka di kawasan tapak insiden tersebut,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, sebagai langkah proaktif bahawa DBKL turut melakukan pemantauan secara visual di kawasan-kawasan sekitar insiden secara berkala.

“Pemeriksaan seumpama ini akan terus dijalankan oleh DBKL bersama pihak Syarikat Utiliti dari semasa ke semasa bukan hanya di Jalan Masjid India malahan meliputi seluruh bandar Kuala Lumpur bagi menjamin keselamatan warga Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah kenyataan itu, peruntukan sebanyak RM10 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada DBKL untuk tahun 2025, akan digunakan untuk melaksanakan kajian geoteknikal dan pengesanan utiliti di kawasan pusat perniagaan bandar bagi mencegah kejadian yang sama daripada berulang.

 

“DBKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi pemulihan ini.

“Selain itu, DBKL juga amat menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan ini dijalankan,” katanya.

Sementara itu, DBKL memaklumkan Jalan Masjid India, yang sebelum ini terlibat dengan insiden lubang benam pada 23 Ogos 2024, kini telah dibuka sepenuhnya kepada orang awam dan ia berjaya disiapkan lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada Februari 2025.

“Dengan pembukaan semula Jalan Masjid India, DBKL bertekad untuk terus menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang selamat, mampan, dan selesa untuk didiami.

“Sekiranya terdapat tanda-tanda mendapan di rezab jalan awam atau wujudnya lubang benam, orang ramai boleh membuat aduan melalui portal Adu@kl atau menghubungi talian skuad penyelamat di talian 03-40106337,” katanya.

Sebelum ini, insiden lubang benam pada 23 Ogos 2024 membabitkan seorang mangsa, wanita warganegara India, Puan Vijaya Lakshmi yang berusia 48 tahun. Selepas sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan dan mangsa gagal ditemui. -WILAYAHKU

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input