Page 112 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 112

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                          6.4    Petender  juga  telah  diminta  untuk  mengemukakan  tawaran  harga
                                 penyelenggaraan bagi tempoh 3 tahun selepas tempoh jaminan secara
                                 berasingan  berdasarkan  format  yang  ditetapkan  di  Worksheet 14
                                 (Software) dan Worksheet 15 (Hardware).

                      7. TERMA RUJUKAN BAGI PENILAIAN HARGA


                          7.1    Kaedah penilaian harga.


                                 7.1.1  Penilaian  telah  dijalankan  melalui  dua  peringkat.  Penilaian
                                        Peringkat  Pertama ialah menyemak pematuhan kepada
                                        syarat-syarat mandatori di perenggan 4 dan 5 di atas.


                                 7.1.2  Petender  dikehendaki  memastikan  fakta  dan  maklumat  yang
                                        diisi  di  Appendix  3B  -  Summary  Of  Financial  Proposal adalah
                                        benar dan tepat iaitu:


                                      i.   Maklumat Syarikat
                                      ii.  Maklumat kewangan (Revenue, Net Profit after Tax, Paid-Up
                                           Capital, Retained Earnings dan Total Liabilities bagi 3 tahun
                                           kewangan yang terakhir)
                                     iii.  Maklumat  projek  yang  lepas  dan  semasa  (Bilangan  projek
                                           dan nilai dalam Ringgit Malaysia)


                                        Kegagalan  berbuat  demikian  akan  mengakibatkan
                                        petender  tidak  layak  dipertimbangkan  ke  Peringkat
                                        Kedua.


                                 7.1.3  Penilaian Peringkat Kedua ialah penilaian ke atas petender
                                        yang  lulus  penilaian  Peringkat  Pertama  dibuat  berdasarkan
                                        wajaran yang ditetapkan oleh JPH.

                         7.2     Penilaian Peringkat Pertama


                                 7.2.1  JPH  telah  menyemak  semua  dokumen  tender  yang
                                        dikemukakan  dan  telah  menyediakan  ringkasan  maklumat
                                        tawaran seperti di Lampiran 4B2.


                                 7.2.2  Pada  umumnya,  semua  petender  telah  memenuhi  syarat
                                        mandatori  iaitu  pendaftaran  dengan  Kementerian  Kewangan
                                        dalam  kod  bidang  yang  berkaitan,  masih  sah  semasa  tarikh
                                        tutup  tender  dan  mempunyai  modal  berbayar  minimum
                                        RM1juta. Walau bagaimanapun syarat pengalaman minimum 5


                                                           88
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117