Page 113 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 113
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
tahun dalam pelaksanaan sistem di sektor awam tidak dapat
disahkan, justeru JPH bersetuju syarat ini tidak diambil kira di
dalam penilaian harga berdasarkan maklumat di Appendix 3A
(Summary for Technical Proposal) dan Worksheet 8 (Relevant
Project Experiences and Credentials) yang dikemukakan dalam
cadangan teknikal.
7.2.3 Seterusnya JPH telah menyemak maklumat kewangan di
perenggan 2 Appendix 3B-Summary of Financial Proposal dan
telah membuat rujukan silang dengan Penyata Kewangan yang
telah diaudit bagi tempoh 3 tahun terakhir (2007, 2008 dan
2009). Berdasarkan semakan tersebut, didapati 2 petender
tidak mematuhi arahan di Appendix 3B iaitu petender 2/10
dan 5/10. Hanya 8 petender iaitu 1/10, 3/10, 4/10,
6/10, 7/10, 8/10 dan 9/10 telah layak untuk penilaian
Peringkat Kedua.
7.2.4 Keputusan Penilaian Peringkat Pertama adalah seperti di Jadual
2.
Jadual 2: Keputusan Penilaian Peringkat Pertama
Bil Keputusan JPH
Kod Petender Ulasan
(Lulus/ Gagal)
1. 1/10 (B) Semua dokumen lengkap Lulus
2. Tidak mengemukakan Appendix 3B –
2/10(B) Gagal
Summary of Financial Proposal
3. 3/10(B) Semua dokumen lengkap Lulus
4. 4/10(B) Semua dokumen lengkap Lulus
5. Tidak mengemukakan Appendix 3B –
5/10(B) Gagal
Summary of Financial Proposal
6. 6/10(B) Semua dokumen lengkap Lulus
7. 7/10(B) Semua dokumen lengkap Lulus
8. 8/10 (B.B) Semua dokumen lengkap Lulus
9. 9/10 (B.B) Semua dokumen lengkap Lulus
Nota:
B – Bumiputera
B.B – Bukan Bumiputera
7.3 Penilaian Peringkat Kedua
7.3.1 Berpandukan kepada prinsip perolehan Kerajaan, JPH bersetuju
mengambil pendekatan wajaran dalam menilai keupayaan
kewangan petender untuk melaksanakan projek.
89