Page 139 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 139

124  PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA

                BAB 8         KOMPONEN 6: PENGLIBATAN KOMUNITI TEMPATAN


               8.1     PENGENALAN



                       Bagi menjayakan sebarang usaha dan aktiviti berkaitan geopark, penglibatan
               komuniti  tempatan  secara  bersepadu  adalah  sangat  diperlukan  di  setiap  kitaran

               pembuatan keputusan iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.
               Komuniti tempatan adalah penjaga dan pemegang ilmu kearifan tempatan (caretakers

               and  keepers  of  local  knowledge)  kepada  khazanah  yang  dimiliki  oleh  sesebuah

               geopark.  Oleh  itu,  penglibatan  komuniti  tempatan  secara  langsung  dan  rundingan
               dalam setiap kitaran proses pembangunan geopark amat penting bagi memastikan

               khazanah  warisan  tersebut  dipelihara  dan  dipulihara  selain  bagi  memastikan
               kesinambungan  sesuatu  usaha  pembangunan.  Manfaat  daripada  aktiviti

               pembangunan yang berlangsung perlu dirasai dan dinikmati oleh komuniti tempatan
           “
               untuk menjamin kelestarian kehidupan demi generasi kini dan masa depan.


                                 Geopark is not all about rocks,
                                               “Geopark is not all about
                                                rocks, it is also about

                                 it is also about people.”
                                                       people.”


                       Dalam  konsep  geopark,  terdapat  tiga  komponen  utama  yang  perlu  diberi
               penekanan  iaitu  komponen  pemuliharaan  sumber  warisan  tabii  dan  budaya,

               komponen  pembangunan  kemudahan  infrastruktur  untuk  pelancongan  lestari  dan
               komponen  penglibatan  komuniti  tempatan  dalam  pembangunan  sosioekonomi.

               Ketiga-tiga  komponen  ini  saling  berkait  dan  kejayaan  geopark  terletak  kepada

               keberkesanan proses pemerkasaan komuniti tempatan.

                       Secara umum, komuniti tempatan yang tidak terlibat secara langsung dalam

               aktiviti  geopelancongan  kebiasaannya  menunjukkan  tahap  kefahaman  dan  nilai
               sepunya yang masih rendah. Semua pihak berkepentingan dan komuniti tempatan di

               dalam sesebuah geopark perlu dilibatkan secara menyeluruh. Justeru itu, pendidikan

               awam secara berkala dan iltizam tinggi daripada pihak berkepentingan perlu diberikan
               kepada komuniti tempatan bagi meningkatkan kefahaman mereka dan memupuk nilai

               sepunya  di  dalam  pembangunan  geopark.  Komuniti  yang  memiliki  ilmu  kearifan
               tempatan  akan  membantu  pihak  perancang  dan  pelaksana  bagi  memastikan
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144