Page 140 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 140
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 125
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
pembangunan yang berlangsung akan bersifat lestari.
Selain itu, penglibatan wanita juga penting dalam membuat keputusan
berkaitan dengan pengurusan geopark dan semua aktiviti geopark yang lain selaras
dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Penglibatan wanita yang berkesan
dapat memberi peluang untuk libat urus bersama dalam memupuk dan menerap nilai
sepunya terhadap penghargaan dan penjagaan sumber warisan seiring dengan usaha
pembangunan di dalam sesebuah geopark secara lestari. Penglibatan komuniti
tempatan ini dapat menjadi pelantar yang menghubungkan pembudayaan
pemuliharaan warisan serta memastikan penghayatan khazanah yang berterusan.
8.2 KONSEP
Penglibatan komuniti tempatan di dalam sesebuah geopark adalah tindakan
sosial oleh individu dan komuniti, di mana penyertaan mereka dalam membuat
keputusan merupakan tanggungjawab dalam proses perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian. Kelestarian sesebuah geopark dapat dicerminkan oleh
kelestarian komuniti tempatan seperti pada slogan UNESCO Global Geopark
“Celebrating Earth Heritage, Sustaining Local Community”.