Page 176 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 176

PELAN PELAKSANAAN                                                                    PELAN PELAKSANAAN       161
 GEOPARK NEGARA                                                                           GEOPARK NEGARA


                       Daripada  model  governans  geopark  (Rajah  6)  di  atas,  institusi  pengurusan

               yang mempunyai struktur yang jelas dan efektif dengan kakitangan tetap dan terlatih
               menjadi pemangkin kepada kelestarian pengurusan dana geopark. Pengurusan dana

               yang efisien juga menjadi pemangkin kepada kemandirian sesebuah geopark pada

               masa hadapan, khususnya dalam merancang pembangunan geopark tersebut dalam
               aspek  pelancongan,  penglibatan  komuniti  setempat,  pendidikan  bagi  tujuan

               melestarikan warisan bumi, semula jadi, dan budaya.

                       Selain  itu,  dana  juga  diperlukan  untuk  mendapatkan  pengiktirafan  geopark
               kebangsaan dan pelaksanaan pelan pengurusan. Selanjutnya, dana juga diperlukan

               untuk  tujuan  pemantauan  dan  pengekalan  geopark  dan  persediaan  ke  arah

               mendapatkan status UNESCO Global Geopark (UGGp). Jumlah dana yang diperlukan
               bergantung kepada tahap pembangunan dan perkembangan geopark tersebut.



               12.2  POTENSI SUMBER DANA


                       Dana pengurusan geopark boleh diperolehi daripada beberapa sumber utama.
               Pertama,  sumbangan  daripada  kerajaan  pusat,  kerajaan  negeri  dan  kerajaan

               tempatan. Sumber dana ini perlulah diberikan secara berterusan sehingga geopark

               tersebut mampu berdiri sendiri.

                       Kedua, sumbangan daripada entiti sektor swasta seperti institusi perbankan,

               syarikat  berkaitan  kerajaan  (GLC),  syarikat  swasta,  pelabur  utama,  alumni,  dan
               koperasi. Sumber dana daripada entiti tersebut boleh membentuk konsortium dana

               geopark yang membantu melestarikan kewangan sesuatu geopark.

                       Ketiga, sumbangan daripada individu dalam bentuk dana wakaf, endowmen,

               pendanaan khalayak (crowdfunding) dan dana perseorangan. Sumber dana ini boleh

               diperolehi melalui pelbagai saluran pemasaran secara digital dan bukan digital yang
               memupuk  anggota  masyarakat  untuk  bersama-sama  menyumbang  bagi

               merealisasikan pembangunan sesuatu geopark.

                       Keempat, geopark juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi

               untuk  mempelbagaikan  sumber  pendapatan  melalui  kadar  caj/kutipan  tiket  yang

               munasabah,  sewaan  premis,  penghasilan  produk  tempatan  dan  cenderamata,
               penganjuran festival, aktiviti Corporate Social Responsibilities (CSR) dan sebagainya.
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181