Page 177 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 177
162 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
Semua geopark yang berjaya mendapat pengiktirafan kebangsaan, wajarlah
diberikan satu geran untuk memastikan kemandirian geopark dan persediaan geopark
ke arah UNESCO Global Geopark (UGGp). Geran ini perlu disediakan oleh kerajaan
pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Mengambil contoh Belitong UGGp di Indonesia yang berjaya mendapat
penajaan daripada alumni Institut Teknologi Bandung (ITB) dan English Riviera
UGGp, United Kingdom yang mendapat pembiayaan dana konsortium, boleh
dijadikan sebagai penanda aras oleh geopark negara dalam merangka strategi
mendapatkan potensi sumber dana berkenaan.
12.3 SKOP PENGURUSAN DANA
Terdapat empat (4) skop yang telah dikenal pasti bagi pengurusan dana.
Perincian skop pengurusan dana dirangkumkan di dalam Jadual 14.