Page 182 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 182
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 167
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
12.4 PULANGAN KEPADA NEGARA
Pembangunan sesuatu geopark memberikan pulangan kepada negara
daripada aspek ekonomi dan kesejahteraan sosial komuniti. Geopark berpotensi
menjana sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui kepelbagaian produk
geopelancongan dan perkembangan sektor ekonomi lain yang memberikan nilai
tambah kepada negara.
Selain itu, geopark berpotensi meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti
melalui penjanaan sumber pendapatan dengan kewujudan peluang pekerjaan baru
dan penglibatan dalam bidang keusahawanan. Hal ini dapat merendahkan kadar
kemiskinan negara.
Seterusnya, geopark mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran dan
berpengetahuan tinggi menerusi latihan, kursus dan bimbingan yang disediakan.
Justeru, pembangunan sektor pelancongan dan rantaian sektor ekonomi lain dapat
berkembang dengan lebih sistematik dan lestari.
Di samping itu, pembangunan geopark dapat memberikan faedah sosial
kepada komuniti melalui pemeliharaan aset-aset warisan. Faedah ini berjaya dicapai
melalui konsep pembangunan lestari yang ditekankan dalam sesebuah geopark. Ini
secara tidak langsung memberi manfaat kepada generasi akan datang untuk
menikmati kepelbagaian aset warisan yang amat berharga.
Akhir sekali, negara dapat membasmi isu-isu pencemaran dan menjaga alam
sekitar dengan baik dan memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi geobencana
dan perubahan iklim. Konsep geopark yang memperkenalkan model pengurusan yang
terancang menjadi pemangkin kepada kelestarian sumber dalam geopark.