Page 187 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 187
172 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
BAB 13 KOMPONEN 11: TADBIR URUS
13.1 PENGENALAN
Ciri-ciri asas geopark, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Geopark Negara menggariskan bahawa geopark merupakan suatu wilayah yang –
• mempunyai warisan geologi bersama warisan biologi dan budaya yang
digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai kebergantungan manusia
kepada alam;
• membangunkan identiti dan rasa kecintaan komuniti setempat terhadap
keistimewaan wilayahnya; dan
• membangunkan ekonomi masyarakat melalui pelbagai produk dan
perkhidmatan geopelancongan.
Pembangunan geopark adalah seiring dengan penerapan agenda
pertumbuhan hijau bagi mencapai sasaran negara untuk menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 melalui pendekatan pembangunan lestari
beracuankan geopark di mana objektif pendidikan, penjanaan sumber ekonomi dan
pendapatan dapat dicapai melalui pemuliharaan (conservation is development).
Pelaksanaan pengurusan geopark memerlukan struktur dan kerangka
pengurusan yang menyeluruh, terutamanya dalam membawa semua pihak yang
berkepentingan dalam suatu pelantar yang memudahcarakan pengambilan
keputusan yang inklusif. Dalam konteks ini, konsep governans yang dipelopori dalam
penstrukturan UNESCO Global Geopark (UGGp) menyediakan titik rujukan urus
tadbir yang relevan yang mengutamakan khazanah semula jadi sedia ada dalam
sesuatu wilayah sebagai dasar pengiktirafan sesebuah geopark. Selain daripada
pemuliharaan sumber tabii, terutamanya warisan geologi, kerangka governans yang
digariskan dalam Operational Guideline for UNESCO Global Geopark (2016)
mementingkan pembangunan sosioekonomi negara, serta penjanaan dan
pemerkasaan gagasan ilmu melalui pendidikan sebagai tunjang pelaksanaan
geopark. Geopark merupakan tapak kajian interaktif untuk semua lapisan masyarakat
dalam memahami dan menghayati keajaiban alam, kekayaan budaya