Page 188 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 188
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 173
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
dan tradisi serta kedinamikan pembangunan lestari.
Maka, pelaksanaan pengurusan geopark memerlukan suatu kerangka
governans yang menyokong dan memudahcarakan proses pengambilan keputusan
inklusif yang melibatkan semua pihak berkepentingan, terutamanya pihak berkuasa
tempatan, komuniti tempatan, komuniti epistemik, dan sektor swasta supaya sasaran
utama geopark dapat dicapai, iaitu – pemuliharaan khazanah semula jadi, penjanaan
ekonomi dan pendapatan, serta penjanaan dan pemerkasaan gagasan ilmu geologi
dan alam sekeliling dalam kalangan komuniti tempatan dan selainnya.
Struktur governans yang diterapkan dalam pelan pengurusan geopark perlu
menonjolkan acuan identiti dan budaya setempat yang tersendiri sejajar dengan
konsep penubuhan geopark. Selain itu, struktur governans wajar menginstitusikan
pembangunan sosioekonomi setempat dan memperkasakan gagasan ilmu melalui
pembelajaran sosial yang mengutamakan pemuliharaan khazanah semula jadi.
Pengurusan geopark yang holistik berteraskan konsep perlindungan dan
pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari memerlukan kerangka
governans yang menekankan tiga aspek penting iaitu:
• Perlindungan dan pemuliharaan tapak geologi yang dinilai oleh pakar saintifik
profesional dalam disiplin yang berkaitan dengan Sains Bumi;
• Menghubungkaitkan warisan geologi dengan aspek-aspek lain warisan semula
jadi dan budaya di kawasan tersebut yang menunjukkan kerencaman geologi
yang merupakan asas kepada semua ekosistem yang mendasari interaksi
manusia dengan landskap.
• Penglibatan komuniti setempat dan pihak berkepentingan dalam pengurusan
bersama geopark.
Geopark yang dibangunkan perlu berlandaskan Pelan Pengurusan Geopark
Negara ini bagi memenuhi tujuh kriteria asas geopark seperti yang dimaktubkan dalam
Panduan Operasi Geopark Global UNESCO yang dilampirkan dalam Statut Program
Geosains dan Geopark Antarabangsa yang diguna pakai dalam penilaian dan
pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp).