Page 199 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 199

184  PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA


              GLOSARI




                1        Geopark                      Sebuah wilayah mengandungi tapak dan landskap geologi
                                                      berkepentingan setempat, kebangsaan dan antarabangsa
                                                      diurus secara holistik berasaskan konsep pemeliharaan,
                                                      pendidikan dan pembangunan lestari.

                2        Geotapak                     Sebuah tapak landskap  geologi, singkapan  batuan atau
                                                      gabungannya yang mengandungi nilai geowarisan penting/
                                                      tinggi,  khususnya  daripada  perspektif  saintifik  (Sejarah
                                                      Bumi); estetik (keindahan & keunikan rupabumi); rekreasi
                                                      (tapak dan rintis riadah lapangan)  &  budaya (hubungan
                                                      dengan tamadun manusia).

                3        Pembangunan Geopark          Pemetaan, pencirian,  penilaian,  penarafan,  promosi dan
                                                      program  kesedaran  kepada  masyarakat  setempat dan
                                                      seterusnya pembangunan fasiliti asas seperti info panel.

                4        Geoguide                     Jurupandu  pelancong  di geotapak dan georintis dalam
                                                      kawasan geopark di bawah aktiviti geopelancongan.

                5        Geopelancongan               Pelancongan berkaitan dengan geologi dan geomorfologi
                                                      serta sumber landskap  semulajadi,  rupa  bumi, lapisan
                                                      fosil, batuan dan mineral  dengan  penekanan  terhadap
                                                      menghargai proses-proses yang membentuk dan dibentuk
                                                      oleh ciri-ciri tertentu seumpamanya. Pelancongan  yang
                                                      berasaskan  pengetahuan,  yang dapat mengintegrasi
                                                      pelbagai  bidang dalam industri pelancongan  melalui
                                                      pemuliharaan  dan intepretasi sumber semulajadi  abiotik
                                                      di samping inisatif bagi menghubungkan  nilai budaya
                                                      masyarakat yang terdapat di sekitar geotapak.

                6        Geopemuliharaan              Satu “usaha pemeliharaan  dan penyelenggaraan  secara
                                                      dinamik  sesebuah  geotapak” untuk berada  pada  tahap
                                                      melangkaui    kesediaan    dan   kebolehcapaian     tinggi
                                                      berbanding  hanya  perihatin  terhadap  kerosakan  dan
                                                      kehilangan  sahaja.  Geopemuliharaan  juga  didefinisikan
                                                      sebagai pemeliharaan tapak geologi istimewa dan kawasan
                                                      (termasuk spesimen) untuk kegunaan:  penyelidikan
                                                      saintifik, pendidikan dan latihan; dan, dimana selayaknya,
                                                      bagi meningkatkan popularisasi sejarah Bumi di kalangan
                                                      awam dan mempromosi amalan permuliharaan terbaik.

                7        Geoproduk                    Merupakan produk dan servis yang dihasilkan oleh komuniti
                                                      setempat dalam sesuatu kawasan Geopark.
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204