Page 200 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 200

PELAN PELAKSANAAN                                                                    PELAN PELAKSANAAN       185
 GEOPARK NEGARA                                                                           GEOPARK NEGARA










          8        Georintis (Geotrail)         Rintis (trail) yang menghubungkan  beberapa tapak
                                                menarik sama ada dalam sebuah geotapak atau gabungan
                                                beberapa  geotapak.  Sepanjang  laluannya,  jika  terdapat
                                                tapak biologi dan budaya  yang bersesuaian,  ia boleh
                                                juga digabungkan  bersama. Lazimnya, satu  georintis
                                                dapat mendedahkan  pelancong  kepada  kepelbagaian
                                                daya tarikan dan keindahan landskap yang mewakili satu
                                                cerita utama. Georintis boleh diterokai untuk beberapa jam
                                                hingga beberapa hari, dan menggunakan pelbagai kaedah
                                                pengangkutan  (berjalan  kaki, berbasikal,  kenderaan, bot
                                                atau gabungan).

          9        Geologi Pelancongan          Suatu disiplin dalam  sains geologi  mengenai  pemakaian
                                                pengetahuan geologi, terutama nilai-nilai intrinsik yang ada
                                                padanya bagi membangun kegiatan pelancongan melalui
                                                pencarian  berancang  tempat-tempat pelancongan  baru
                                                dan peningkatan daya tarikan bagi  tempat-tempat yang
                                                sedia ada.

          10       Geologi Pemuliharaan         Satu bidang geologi  gunaan  yang berkaitan  usaha
                                                penyelidikan bersistem mengenai potensi sumber geologi
                                                yang perlu dipulihara kerana kepentingan ekosistem lestari,
                                                nilai budaya masyarakat dan nilai saintifik.

          11       Geologi Warisan              Satu bidang sains gunaan yang memfokuskan keunikan,
                                                keistimewaan  dan contoh terbaik sesebuah  geotapak
                                                bagi mendukung dan memertabatkan sains geologi di
                                                peradaban moden.

          12       Pembangunan Lestari          Pembangunan  yang dapat memenuhi  keperluan  pada
                                                masa  sekarang  tanpa  menjejaskan  keupayaan  bagi
                                                memenuhi keperluan pada masa depan.

          13        Pemuliharaan                Perihal  proses, usaha,  perbuatan  memulihara  sesuatu
                                                sumber semulajadi

          14       Sumber Geologi               Merupakan  sumber  semulajadi  yang  diperolehi  daripada
                                                bawah permukaan bumi, selalunya bersifat fizikal, bernilai
                                                ekonomi  dan cenderung  berkurangan  sehingga  pupus.
                                                Sumber geologi merangkumi pelbagai jenis bijih mineral,
                                                batuan, logam, fosil, minyak dan gas, tanah, air bawah
                                                tanah, rupa bumi dan landskap.

          15       Tapak Warisan Geologi        Tapak atau kawasan berciri geologi yang mempunyai nilai
                                                saintifik  yang  ketara,  pendidikan,  kebudayaan,  rekreasi
                                                atau nilai estetika. Contoh kawasan berciri geologi termasuk
                                                landskap berpanorama, bahan batuan atau jenis mineral
                                                yang istimewa, fosil yang unik atau luar biasa, stalaktit,
                                                stalagmit, sistem gua atau ciri-ciri geologi yang lain.
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205