Page 66 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 66
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 51
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
5.2 KONSEP
Warisan budaya meliputi dua bentuk utama iaitu warisan budaya ketara dan
warisan budaya tidak ketara. Warisan budaya ketara merujuk kepada sesuatu yang
dapat dilihat, sama ada boleh dipindahkan (mudah alih) atau tidak boleh dipindahkan
(statik). Warisan budaya tidak ketara merujuk kepada bentuk-bentuk budaya yang
tidak dapat dilihat, lazimnya berkaitan kemahiran seni individu dan komuniti. Warisan
budaya dan tradisi sering kali berkait rapat dengan warisan alam semula jadi.