Page 95 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 95

80   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA



               6.4     PENGURUSAN SUMBER MINERAL DAN BAHAN BATUAN


                       6.4.1  Pengenalan


                             Pembangunan  dan  pengurusan  sumber  mineral  dan  bahan  batuan

                       adalah berasaskan kepada dokongan terhadap pemuliharaan sumber warisan
                       dan  pembangunan  industri  pelancongan  yang  menjadi  teras  pendekatan

                       pengurusan sesebuah geopark. Justeru, sumber asli perlu dibangunkan dan

                       diuruskan  secara  efisien  dan bertanggungjawab  untuk  memenuhi  keperluan
                       pembangunan  fizikal  dan  infrastruktur  tempatan.  Pembangunan  dan

                       pengurusan sumber mineral dan bahan batuan mengadaptasi objektif umum
                       dan sebahagian daripada strategi utama pembangunan sumber mineral dalam

                       Dasar  Mineral  Negara.  Bagaimanapun,  beberapa  strategi  utama  khusus
                       dicadangkan  untuk  memperkukuhkan  pendekatan  pembangunan  dan

                       pengurusannya pada peringkat tempatan.


                              Objektif  umum  pembangunan  dan  pengurusan  sumber  mineral  dan
                       bahan batuan adalah untuk:


                         i.   Memastikan pembangunan lestari melalui penggunaan sumber mineral

                              dan bahan batuan secara optima, dan
                        ii.   Mempromosikan  penerajuan  terhadap  alam  sekitar  bagi  memastikan

                              sumber  mineral  tempatan  dibangunkan  secara  mesra  alam  sekitar,
                              bertanggungjawab dan lestari.
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100