Page 96 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 96

PELAN PELAKSANAAN                                                                    PELAN PELAKSANAAN       81
 GEOPARK NEGARA                                                                           GEOPARK NEGARA





                       6.4.2  Konsep


                              Enakmen  Mineral  Negeri  mendefinisikan  mineral  sebagai  apa-  apa

                       bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi sama
                       ada dengan cara semula jadi, atau hasil daripada perlombongan di dalam atau

                       di atas tanah, atau hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut

                       atau dasar laut, yang terbentuk melalui suatu proses geologi (tidak termasuk
                       air, bahan batuan dan petroleum). Manakala bahan batuan pula ialah apa-apa

                       batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah, laterit, lom, lempung, tanih, lumpur,

                       turf, gambut, batu karang, cengkerang atau guano di dalam atau di atas mana-
                       mana tanah, dan termasuklah apa-apa batu-bata, kapur, simen atau barangan

                       lain yang diperbuat daripadanya. Bijih mineral pula ialah apa-apa mineral yang
                       mempunyai  faedah  ekonomi  yang  daripadanya  satu  atau  lebih  juzuk  yang

                       bernilai boleh diperolehi secara menguntungkan melalui pengolahan.
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101