Page 36 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 36
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
3.1 GEOPARK DI MALAYSIA
Sehingga tahun 2023, Malaysia telah mempunyai tujuh (7) geopark bertaraf
Geopark Kebangsaan iaitu Jerai Geopark di Kedah, Geopark Lembah Kinta dan
Lenggong Geopark di Perak, Labuan Geopark di Wilayah Persekutuan Labuan,
Sarawak Delta Geopark di Sarawak, Gombak-Hulu Langat Geopark di Selangor,
Stong Geopark di Kelantan dan Kenyir Geopark di Terengganu. Mersing Geopark di
Johor, walaupun telah diperakukan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada
tahun 2019, tetapi tidak diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan kerana masih belum
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Johor yang bertindak sebagai pemegang taruh.
Sehingga kini, Malaysia mempunyai dua (2) geopark bertaraf UNESCO Global
Geopark iaitu Langkawi UGGp dan Kinabalu UGGp. Senarai geopark di Malaysia
ditunjukkan dalam Jadual 4.
Senarai contoh logo-logo Geopark di Malaysia
Langkawi UNESCO
Global Geopark
GEOP ARK
21