Page 47 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 47
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Bil. Nama Nilai Kebangsaan/Antarabangsa Luar Biasa (ONV)
13. Melaka Landskap geologi terdiri Granit Banjaran Utama paling selatan dengan
keunikan pembentukan Kepulauan Melaka yang terpisah sehingga
beberapa buah pulau
Sejarah kesan pembinaan bangunan hasil tinggalan penjajah yang
signifikan dengan nilai warisan geologi berpotensi tinggi.
3.1.2 Kawasan Potensi Geopark di Sabah
Di Sabah, Kinabalu Geopark telah diperakukan sebagai geopark
kebangsaan pada tahun 2019. Dalam aspek urus tadbir dan prasarana asas,
Kinabalu Geopark telah dinilai dalam perakuan sebagai UNESCO Global
Geopark. Jawatankuasa Pelaksana juga telah mengenal pasti 10 wilayah yang
mempunyai OUV dan sesuai dibangunkan menjadi geopark kebangsaan atau
global.
Rajah 5 menunjukkan geopark kebangsaan dan taburan potensi
geopark kebangsaan di Sabah dan Sarawak; sementara Jadual 6 menjelaskan
nilai kebangsaan atau antarabangsa luar biasa (OUV) potensi geopark di
Sabah.
32