Page 50 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 50

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030




                 Bil.       Nama          Nilai Kebangsaan/          Warisan Biologi dan Kawasan
                                          Antarabangsa Luar                   Pemuliharaan
                                              Biasa (OUV)
                  7.   Madai            Kompleks    batu    kapur  Gua  batu  kapur  Madai  yang  terletak  di
                                        terumbu  berusia  Kapur  dalam HS Baturong Madai (Kelas VI Hutan
                                        dikelilingi   oleh   batuan  Dara)  terbentuk  di  atas  puncak  gunung
                                        sedimen laut dalam. Madai  bawah  laut  kuno  dahulu,  kini  menjadi
                                        Baturong  terletak  di  atas  perumah kepada dua spesies burung walit
                                        jujukan   ofiolit   (kerak  yang  menampung  perniagaan  tradisi
                                        lautan).   Mungkin   sama  sarang  burung  bagi  Orang  Idahan  sejak
                                        dengan Pulau Sipadan hari  tahun 1400 lagi.
                                        ini
                  8.   Volkano   Bukit  Tinggalan volkano termuda  Lumpur-tanah   liat   volkano   dengan
                       Tawau            di Malaysia                kandungan  sodium  yang  tinggi,  bersifat
                                                                   antibakteria dan mampu menyerap toksin
                                                                   tumbuhan menjadi tarikan kepada banyak
                                                                   haiwan  mamalia  besar  herbivor  seperti
                                                                   rusa, gajah dan tembadau untuk memakan
                                                                   tanah liat tersebut (jenut garam).

                  9.   Semporna         Tinggalan volkano termuda  Semenanjung Semporna terkenal dengan
                                        di Malaysia                landskap  bekas  volkano  kuno  dan
                                                                   kepulauan  di  luar  perairannya  (seperti
                                                                   Taman Laut Tun Sakaran) yang termasuk
                                        Terumbu karang terangkat   di dalam bahagian barat kawasan Segitiga
                                                                   Karang.

                 10.   Pulau    Banggi  Jujukan  batuan  sedimen  Kepelbagaian biologi fauna landskap kars
                       dan              termuda di Malaysia        kepulauan  tropika  di  sini  unik  kerana
                       Balambangan                                 menunjukkan  pengaruh  di  antara  fauna
                                        Kepingan kerak laut Zaman   Borneo  dengan  Palawan,  terutamanya
                                        Kapur di Balambangan       kumpulan siput batu kapur.
                                        Kompleks  gua  pada  batu
                                        kapur muda (Tertier)



                       3.1.3  Kawasan Potensi Geopark di Negeri Sarawak


                              Di Sarawak, Wilayah Sarawak Delta Geopark (SDGp) telah diperakukan
                       sebagai geopark kebangsaan pada 20 Jun, 2022. Jawatankuasa Pelaksana

                       telah  mengenal  pasti  10  wilayah  yang  mempunyai  OUV  dan  sesuai
                       dibangunkan menjadi geopark kebangsaan atau global.




                              Rajah  5  Menunjukkan  geopark  kebangsaan  dan  taburan  potensi
                       geopark  kebangsaan  di  Sarawak;  sementara  Jadual  6  menjelaskan  nilai

                       kebangsaan atau antarabangsa luar biasa (OUV) potensi geopark di Sarawak.




                                                                                                              35
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55