Page 63 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 63
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
3.3 GEORINTIS (GEOTRAIL)
Georintis ialah produk pelancongan geopark iaitu rintasan yang
menghubungkan beberapa geotapak menarik termasuk menggabungkan bersama
tapak biologi, budaya dan aktiviti sosio-ekonomi setempat. Georintis boleh diterokai
untuk jangka waktu beberapa jam hingga satu hari menggunakan pelbagai kaedah
sama ada berjalan kaki, berbasikal, kereta, bas, kereta kabel, bot atau gabungan.
Georintis yang baik akan mendedahkan pelancong kepada kepelbagaian daya
tarikan dalam geopark seperti keunikan geotapak, biotapak dan budaya serta
keindahan landskap yang mempunyai penceritaan tersendiri, yang mampu menarik
minat pelancong. Georintis perlu dinilai dan mendapat persetujuan daripada badan
pengurusan geopark sebelum diistiharkan sebagai produk geopelancongan. Ia
mampu menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi komuniti
setempat. Kajian had daya tampungan daripada aspek fizikal, ekologi dan sosial
komuniti perlu dilaksanakan untuk setiap georintis bagi mengekalkan integriti
kesemua tapak-tapak di dalam georintis. Berikut adalah senarai georintis dalam
geopark kebangsaan (Jadual 10).
48