Page 67 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 67
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
4.0 KEPENTINGAN GEOPARK KEPADA NEGARA
Geopark ialah konsep pembangunan lestari wilayah, bersifat gerakan ‘bawah -
atas’ bertujuan menghargai warisan alam dan menyejahterakan komuniti setempat.
Geopark ialah gagasan pembangunan (bukan perlindungan) yang tidak memerlukan
‘perundangan atau pewartaan’ dan sentiasa menghormati hak dan bidang kuasa
kerajaan negeri dan negara.
Geopark memberikan tumpuan kepada pembangunan sumber asli iaitu
‘geowarisan’ yang sebelum ini kurang dikenali dan belum dibangunkan. Tapak warisan
geologi dan lanskap (geotapak) ialah sumber yang kaya dengan sejarah alam, budaya
dan nilai estetik tinggi, perlu dipulihara dan pada masa yang sama boleh dimanfaatkan
secara tanpa musnah melalui pelancongan berteraskan ilmu dan rekreasi
(geopelancongan).
Kebanyakan daripada geowarisan berada di kawasan luar bandar, daerah
berpenduduk miskin dan peluang pekerjaan rendah. Geopark dapat membawa nafas
baharu, menjadi kaedah berinovasi membangun komuniti dan sosio-ekonomi di daerah
terpencil yang selama ini kurang mendapat perhatian. Geopark juga terbukti berupaya
meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Ia juga menggalakkan perasaan ‘cintai
daerah sendiri’ dan mengurangkan fenomena penghijrahan desa ke bandar.
4.1 AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA
Kemampanan dan keberkesanan pembangunan sumber asli perlu dipacu oleh
hala tuju atau dasar dan tadbir urus yang jelas dan terangkum bagi memastikan
khazanah sumber asli dipelihara dan nilainya digandakan, seterusnya menyumbang
kepada pembangunan dan kemakmuran negara serta rakyat.
Sehubungan itu, pembentukan hala tuju yang disokong oleh perancangan dan
pelaksanaan yang berkesan adalah amat penting untuk menyediakan panduan kepada
perancangan pembangunan sesuatu kawasan merangkumi kawasan berkepentingan
geologi (geotapak).
Dalam konteks pembangunan geopark ini, terdapat dasar dan rancangan
pembangunan yang telah dibentuk dengan turut memberi penekanan kepada aspek
52