Page 2 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 2
5. Perolehan ICT yang dilaksanakan hendaklah mematuhi peraturan semasa
berkaitan ICT seperti berikut:
(i) Kelulusan Teknikal - Dirujuk dan mendapat kelulusan teknikal daripada
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Agensi, JPICT Kementerian dan
Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) selaras dengan Surat Pekeliling Am semasa dan pekeliling
MAMPU yang berkuat kuasa.
(ii) Keutamaan Perkhidmatan Pakar Dalaman - Mengutamakan
penggunaan kepakaran dalaman sektor awam untuk pembangunan ICT
bagi mengurangkan kebergantungan Agensi kepada kepakaran luar.
(iii) Keutamaan Bahan/Barangan/Perkhidmatan Tempatan –
Mengutamakan produk keluaran syarikat berstatus Multimedia Super
Corridor (MSC) Malaysia dan memastikan perolehan ICT yang diimport
hendaklah dilaksanakan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
(iv) Penglibatan Perunding Asing Sebagai Perunding ICT – Memastikan
semua perolehan ICT yang memerlukan perkhidmatan perunding asing
secara outsourcing hendaklah mendapat kebenaran MAMPU, Jabatan
Perdana Menteri.
(v) Pemilikan Kod Sumber (Source Code) Dan/Atau Intellectual
Property Rights (IPR) - Kod sumber dan/atau Intellectual Property
Rights (IPR) bagi pembangunan sistem aplikasi dan serahan-serahan lain
yang berkaitan hendaklah menjadi Hak Milik Kerajaan Malaysia.
(vi) Pemindahan Teknologi (Transfer of Technology) - Pemindahan
teknologi dan pengetahuan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna
dalam tempoh kontrak bagi memastikan Pegawai Teknikal Agensi
berupaya menyelenggara perkakasan/perisian/rangkaian/sistem aplikasi
selepas tamat tempoh jaminan.
(vii) Akta Rahsia Rasmi Atau Tapisan Keselamatan – Bagi perolehan
yang memerlukan syarikat/perunding mendapat akses kepada data/
maklumat/premis Kerajaan atau kawasan-kawasan sensitif/terperingkat,
Agensi hendaklah melaksanakan tapisan keselamatan dan memastikan
kakitangan syarikat yang terlibat di dalam projek Kerajaan
menandatangani Borang Perakuan Untuk Ditandatangani Oleh Penjawat
Awam/Syarikat Berkenaan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].
2