Page 5 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 5

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan




                                                     PENDAHULUAN


                          Garis  Panduan  Perolehan  Teknologi  Maklumat  &  Komunikasi  (ICT)  Kerajaan  ini
                   bertujuan  untuk  memberi  panduan  dan  rujukan  kepada  semua  Agensi  Kerajaan  dalam
                   melaksanakan  perolehan  ICT.  Dengan  adanya  Garis  Panduan  ini,  diharapkan  proses  perolehan
                   ICT dapat dilaksanakan dengan lebih teratur bagi menjamin ketelusan serta nilai faedah terbaik
                   kepada  Kerajaan  di  samping  dapat  mengelakkan  ketidakpatuhan  kepada  mana-mana  peraturan
                   perolehan yang berkaitan.


                          Garis Panduan ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan maklumat berguna dalam
                   merealisasikan  tatacara  perolehan  ICT  yang  lebih  cekap  dan  seterusnya  dapat  meningkatkan
                   kemahiran  diri,  prestasi  dan  profesionalisme  perkhidmatan  awam khususnya dalam  pengurusan
                   kewangan serta pencapaian indeks akauntabiliti yang lebih baik dan seterusnya dapat membantu
                   dalam mempercepatkan proses pembangunan Negara.


                          Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan dan Surat
                   Pekeliling  Perbendaharaan  yang  berkuat  kuasa. Garis  Panduan  ini  juga  menyediakan  panduan
                   mengenai  proses  penilaian  teknikal  dan  harga  bagi  perolehan  bekalan  dan  perkhidmatan  ICT.
                   Walau  bagaimanapun,  Agensi  boleh  menambah  baik  proses  penilaian  ini  dengan  menggunakan
                   kaedah penilaian yang berkuat kuasa.


                          Garis  panduan  ini  juga  mengandungi  Garis  Panduan  Kontrak  ICT  bagi  perolehan
                   pembangunan  Sistem  Aplikasi  yang  mengandungi  klausa-klausa  asas  untuk  diguna  pakai  oleh
                   semua Agensi.



                   Bahagian Perolehan Kerajaan
                   Kementerian Kewangan Malaysia
                   Putrajaya


                   Mei 2013
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10