Page 10 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 10
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
GARIS PANDUAN
PEROLEHAN ICT KERAJAAN
Perolehan ICT Kerajaan kini menjadi semakin kritikal mengambil kira kepada faktor
kebergantungan Kerajaan terhadap penggunaan ICT yang semakin meluas serta perubahan
pesat teknologi ICT yang menimbulkan keperluan berterusan untuk memperoleh teknologi
terkini.
Sehubungan itu, Garis Panduan ini diwujudkan sebagai panduan amalan terbaik (best
practices) kepada semua Agensi bagi menjamin kepentingan Kerajaan. Dalam perkara tersebut
Agensi perlu bijak membuat pilihan (informed choices) apabila menilai dan memilih di antara
pelbagai delivery options untuk perolehan ICT yang ditawarkan di pasaran.
Pada dasarnya perolehan ICT tertakluk kepada tatacara perolehan semasa. Garis
Panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Agensi dalam melaksanakan perolehan
berkaitan dengan Information & Communication Technology (ICT). Garis Panduan ini
hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan dan Surat-Surat Pekeliling
Perbendaharaan mengenai peraturan perolehan semasa Kerajaan serta apa-apa peraturan atau
garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk pembangunan dan pengurusan ICT sektor
awam. Walau bagaimanapun proses penilaian teknikal dan harga bagi perolehan bekalan dan
perkhidmatan ICT hendaklah menggunakan Garis Panduan ini dan penilaian perkhidmatan
perunding untuk perolehan ICT hendaklah mematuhi Manual Perkhidmatan Perunding yang
berkuat kuasa.
Perolehan ICT adalah merangkumi perolehan bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan
perunding bagi projek ICT selaras dengan Surat Pekeliling Am dan Surat Arahan Ketua
Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri yang berkuat kuasa.
Bersama Garis Panduan ini juga disertakan Garis Panduan Kontrak ICT bagi Projek ICT
yang mengandungi klausa-klausa standard untuk diguna pakai oleh semua Agensi.