Page 13 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 13

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                        (c)  Perolehan perisian ICT yang perlu diimport boleh menggunakan harga tawaran
                              secara  Cost,  Insurance  &  Freight (CIF). Manakala bagi perkakasan ICT yang
                              diimport,  tawaran  harga  hendaklah  dibuat  secara  Free  on  Board (FOB)  selaras
                              dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) yang berkuat kuasa.

                        (d)  Perolehan  bagi  barangan  siap  yang  diimport  yang  berada  dalam  negara  (ex-
                              stock) tidak dibenarkan selaras dengan SPP yang berkuat kuasa.

                        (e)  Perolehan  barangan/perkhidmatan  ICT  yang  dilaksanakan  secara  penswastaan
                              hendaklah  dirujuk  kepada  Unit  Kerjasama  Awam  Swasta  (UKAS),  Jabatan
                              Perdana Menteri.


                     1.4.4    Penglibatan Perunding Asing Sebagai Perunding ICT

                        (a)  Agensi  hendaklah  memberi  keutamaan  kepada  perunding  tempatan  di  dalam
                              perolehan Kerajaan. Semua perolehan ICT yang memerlukan perolehan secara
                              perkhidmatan  luar  (outsourcing)  hendaklah  mendapat  kebenaran  MAMPU,
                              JPM.  Semua  permohonan  kepada  MAMPU,  JPM  hendaklah  melalui
                              Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian/Agensi.

                        (b)  Pelantikan  Perunding  Asing  boleh  dibuat  oleh  Firma  Tempatan/dilantik  terus
                              oleh  Agensi.  Perunding  yang  dilantik hendaklah melaksanakan pemindahan
                              teknologi/pengetahuan kepada firma tempatan/Kerajaan tertakluk kepada Terms
                              of Reference (TOR).

                        (c)  Pelantikan  perunding  asing  adalah  tertakluk  kepada  kelulusan  tapisan
                              keselamatan  Majlis  Keselamatan  Negara,  Jabatan  Perdana  Menteri  selaras
                              dengan Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding semasa.


                     1.4.5    Pemilikan Kod Sumber (Source Code) Dan/ Atau Intellectual Property
                              Rights (IPR)

                              Agensi  hendaklah  memastikan  kod  sumber  dan/atau  IPR  bagi  pembangunan
                              sistem aplikasi dan serahan-serahan lain yang berkaitan adalah menjadi Hak Milik
                              Kerajaan Malaysia. Syarat ini hendaklah dinyatakan dalam syarat Sebut Harga/
                              Tender dan terma kontrak.


                     1.4.6    Pemindahan Teknologi (Transfer of Technology)

                        (a)  Agensi hendaklah memastikan syarikat melaksanakan pemindahan teknologi dan
                              pengetahuan dengan sempurna dalam tempoh kontrak bagi memastikan pegawai
                              teknikal  Agensi  berupaya  menyelenggara perkakasan/perisian/rangkaian/sistem
                              aplikasi selepas tamat tempoh jaminan.

                        (b)  Agensi  hendaklah  memastikan  jadual  pelaksanaan  pemindahan  teknologi
                              dimasukkan ke dalam kontrak dan dilaksanakan seperti mana yang dipersetujui
                              serta dipatuhi sepenuhnya.


                                                          3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18