Page 16 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 16
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
1.5.6 Proses Kerja Pelaksanaan Integrity Pact Bagi Ahli Lembaga/ Jawatankuasa
Perolehan adalah seperti berikut:
(a) Setiap individu yang dilantik sebagai Ahli/ Ahli Ganti Lembaga/ Jawatankuasa
Perolehan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Ahli Lembaga/
Jawatankuasa Perolehan seperti di Lampiran 1E. Sesalinan Surat Akuan
hendaklah disimpan oleh Urus Setia Lembaga/ Jawatankuasa Perolehan.
(b) Setiap Ahli/ Ahli Ganti Lembaga/ Jawatankuasa Perolehan dikehendaki
menandatangani Surat Akuan Selesai Tugas Ahli Lembaga/ Jawatankuasa
Perolehan seperti di Lampiran 1F pada setiap mesyuarat setelah selesai
melaksanakan tugas. Sesalinan Surat Akuan hendaklah disimpan oleh Urus Setia
Lembaga/ Jawatankuasa Perolehan.
(c) Lembaga/ Jawatankuasa Perolehan adalah seperti berikut:
(i) Lembaga Perolehan/ Tender Persekutuan atau Negeri
(ii) Lembaga Perolehan/ Tender ‘A’
(iii) Lembaga Perolehan/ Tender ‘B’
(iv) Lembaga Perolehan/ Tender Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan
(v) Jawatankuasa Sebut Harga
(vi) Jawatankuasa Projek Sakit
(vii) Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja/ Tuntutan
(viii) Jawatankuasa Penyelarasan Harga
(ix) Lain-lain Lembaga/ Jawatankuasa seumpamanya
1.5.7 Proses Kerja Pelaksanaan Integrity Pact Bagi Pembida adalah seperti berikut:
(a) Setiap Agensi hendaklah memastikan sesalinan Surat Akuan Pembida disertakan
bersama dokumen tender/ sebut harga yang diedarkan kepada pembida.
Sesalinan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran 1G.
(b) Apabila menghantar dokumen tender/ sebut harga setiap pembida hendaklah
memastikan Surat Akuan Pembida diisi dengan lengkap dan ditandatangani serta
dikepilkan bersama dokumen tender/ sebut harga.
(c) Apabila mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada pembida yang berjaya,
Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya disertakan bersama
Surat Setuju Terima. Sesalinan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di
Lampiran 1H.
(d) Pembida berjaya hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya diisi
dengan lengkap, ditandatangani serta dikepilkan bersama Surat Setuju Terima
dan dikembalikan kepada Agensi.
(e) Pembida adalah merujuk kepada Petender/ Penyebut Harga.
6