Page 15 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 15

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     1.5.3    Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharaan oleh pembida untuk tidak
                              menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran
                              mendapatkan  sesuatu  kontrak  dan  bagi mempercepatkan sesuatu  urusan
                              Perolehan  Kerajaan.  Seterusnya,  pembida  dan  penjawat  awam  akan
                              menandatangani  satu  ‘pact’ atau perjanjian untuk tidak melakukan perbuatan
                              rasuah dalam pelaksanaan sesuatu kontrak serta menggariskan tindakan-tindakan
                              yang boleh diambil sekiranya berlaku perlanggaran ‘pact’ atau kontrak tersebut.

                     1.5.4    Pelaksanaan  Integrity  Pact juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
                              berkaitan  kesalahan  rasuah  di  kalangan  penjawat  awam  dan  pihak-pihak  yang
                              berurusan  dalam  perolehan  Kerajaan,  yang  seterusnya  dapat  menghapuskan
                              kesalahan-kesalahan  rasuah  yang  boleh  berlaku  dalam  perolehan  Kerajaan,
                              antaranya seperti berikut:

                        (a)  Pemberian dan penerima suapan antara penjawat awam dengan pembida dalam
                              pelbagai  bentuk  i.e.  wang,  hadiah,  derma,  diskaun,  bonus,  pekerjaan  dan
                              sebagainya  seperti  yang  dinyatakan  di  bawah  Seksyen  3  Akta  Suruhanjaya
                              Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694].

                        (b)  Penyalahgunaan  kuasa  yang  melibatkan  konflik  kepentingan  penjawat  awam
                              berhubung pemilihan syarikat pembekal, perkhidmatan dan perunding di mana
                              penjawat awam mempunyai kepentingan.

                        (c)  Tuntutan atau perakuan palsu melibatkan pembida dan penjawat awam.

                        (d)  Pemalsuan maklumat dokumen dan rekod untuk mengaburi penilaian perolehan.

                        (e)  Persubahatan antara penjawat awam dan pembida/ syarikat.

                     1.5.5    Proses  Kerja  Pelaksanaan  Integrity  Pact Bagi Ahli Jawatankuasa Berkaitan
                              Perolehan adalah seperti berikut:

                        (a)  Setiap  individu  yang  dilantik  kepada  mana-mana  Jawatankuasa  Berkaitan
                              Perolehan  dikehendaki  menandatangani  Surat  Akuan  Pelantikan  Ahli
                              Jawatankuasa  Berkaitan  Perolehan  seperti  di  Lampiran  1C.  Sesalinan  Akuan
                              tersebut akan disimpan oleh Urus Setia di dalam fail berkaitan.

                        (b)  Setiap  Ahli  Jawatankuasa  Berkaitan  Perolehan  dikehendaki  menandatangani
                              Surat  Akuan  Selesai  Tugas  Jawatankuasa  Berkaitan  Perolehan  setelah
                              menamatkan  tugas  seperti  di  Lampiran  1D.  Akuan  ini  hendaklah  dikepilkan
                              bersama laporan berkaitan dan difailkan.

                        (c)  Jawatankuasa Berkaitan Perolehan adalah seperti berikut:

                              (i)   Jawatankuasa Spesifikasi
                              (ii)   Jawatankuasa Pembuka Tender/ Sebut Harga
                              (iii)  Jawatankuasa Pernilaian Teknikal dan/atau Kewangan
                              (iv)  Jawatankuasa Rundingan Harga
                              (v)   Jawatankuasa Penilaian Perunding
                              (vi)  Lain-lain Jawatankuasa Berkaitan Perolehan



                                                          5
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20