Page 12 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 12
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
1.3 Objektif Perolehan ICT
Perolehan ICT hendaklah berpegang kepada objektif-objektif berikut:
1.3.1 Mendapatkan bekalan, perkhidmatan atau khidmat perunding ICT yang
berupaya memenuhi keperluan yang telah dikenal pasti dengan efektif dan
efisien.
1.3.2 Nilai faedah terbaik dengan mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan
berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/
siap yang ditetapkan.
1.3.3 Bersesuaian dengan siling peruntukan yang telah diluluskan dan disertai amalan
tadbir urus baik.
1.3.4 Menggalakkan pemindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa
sektor ICT.
1.4 Peraturan Semasa Perolehan ICT
1.4.1 Kelulusan Teknikal
Perolehan ICT perlu dirujuk dan mendapat kelulusan teknikal daripada
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Agensi, JPICT Kementerian dan
Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MAMPU, JPM selaras dengan Surat
Pekeliling Am semasa dan pekeliling MAMPU yang berkuat kuasa.
1.4.2 Keutamaan Perkhidmatan Pakar Dalaman
Agensi hendaklah mengutamakan penggunaan kepakaran dalaman sektor awam
untuk perolehan pembangunan ICT yang berkaitan. Ini bagi mengurangkan
kebergantungan Agensi kepada kepakaran luar di samping mengurangkan kos
perolehan serta dapat meningkatkan kepakaran dalaman sektor awam.
1.4.3 Keutamaan Bahan/ Barangan/ Perkhidmatan Tempatan
(a) Bahan/barangan/perkhidmatan tempatan dan barangan/produk keluaran syarikat
berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia hendaklah diberi
keutamaan oleh Agensi dalam perolehan ICT tertakluk kepada Surat Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa.
(b) Perolehan bahan/barangan import hanya akan dipertimbangkan setelah
dipastikan ia tidak boleh diperoleh secara tempatan. Perolehan bahan/ barangan
import kecuali perisian hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) mengikut had nilai yang ditetapkan selaras
dengan peraturan yang berkuat kuasa.
2