Page 17 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 17
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
1.5.8 Proses Kerja Pelaksanaan Integrity Pact Bagi Pelantikan Perunding ICT adalah
seperti berikut:
(a) Setiap Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Perunding disertakan bersama
Surat Niat dan diserahkan kepada perunding ICT. Surat Akuan Perunding
seperti di Lampiran 1I.
(b) Setiap Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Perunding ditandatangani dan
dikembalikan kepada Agensi berkaitan bersama-sama dengan Cadangan
Perunding yang dikemukakan.
(c) Setiap Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Perunding Yang Dilantik
disertakan bersama Surat Setuju terima yang dikeluarkan kepada perunding ICT
yang berjaya. Surat Akuan Perunding Yang Dilantik seperti di Lampiran 1J.
1.5.9 Setiap Agensi hendaklah memastikan klausa mengenai rasuah seperti di
Lampiran 1K dimasukkan di dalam semua dokumen kontrak.
1.6 Kod Bidang Bekalan/ Perkhidmatan ICT
1.6.1 Syarikat/perunding ICT yang menyertai perolehan Kerajaan perlu berdaftar
dengan Kementerian Kewangan.
1.6.2 Agensi hendaklah memastikan bahawa syarikat/perunding ICT yang dilantik
untuk melaksanakan perolehan ICT hanya dibenarkan memberi perkhidmatan
berdasarkan kod-kod bidang yang telah didaftarkan sahaja sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan.
1.6.3 Perolehan bekalan/perkhidmatan oleh syarikat/perunding ICT yang tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau tidak berdaftar di bawah kod
bidang berkaitan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah tidak
dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan.
1.7 Proses Perolehan Projek ICT
Perolehan projek ICT dapat dibahagikan kepada lima (5) proses utama seperti berikut:
1.7.1 Perancangan Perolehan (Bab 2)
1.7.2 Pelaksanaan Perolehan (Bab 3)
1.7.3 Proses Penilaian Perolehan (Bab 4)
1.7.4 Pemantauan Pelaksanaan Projek (Bab 6)
1.7.5 Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bab 7)
7