Page 11 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 11

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan



                                                       BAB 1

                          PERATURAN AM BERKAITAN PEROLEHAN ICT KERAJAAN


              1.1    Prinsip Perolehan Kerajaan

                     Agensi  hendaklah  mematuhi  prinsip-prinsip  perolehan  Kerajaan  dalam  semua  urusan
                     berkaitan perolehan ICT seperti berikut:

                     1.1.1    Akauntabiliti awam (public accountability)
                              Perolehan  yang  diamanahkan  hendaklah  dilaksanakan  secara  bertanggungjawab
                              dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

                     1.1.2    Diuruskan secara telus (transparent)
                              Semua  dasar,  peraturan  dan  proses  perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas,
                              diketahui  dan  difahami  umum  selaras  dengan  dasar  dan  peraturan  yang
                              ditetapkan.

                     1.1.3    Nilai faedah terbaik (best value for money)
                              Pengurusan  perolehan  hendaklah  memberi  pulangan  yang  terbaik  bagi  setiap
                              ringgit yang dibelanjakan.

                     1.1.4    Saingan terbuka (open and fair competition)
                              Proses  perolehan  hendaklah  dilaksanakan  secara  terbuka  kepada  semua  pihak
                              yang layak bersaing.

                     1.1.5    Adil dan saksama (fair dealing)
                              Sesuatu  perolehan  itu  hendaklah  dipelawa,  diproses  dan  dipertimbangkan
                              dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.


               1.2  Dasar Perolehan Kerajaan

                     Perolehan Kerajaan yang dilaksanakan perlu mematuhi dasar-dasar berikut:

                     1.2.1    Menggalakkan  pertumbuhan  industri  tempatan  melalui  penggunaan  bahan/
                              barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan.

                     1.2.2    Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi.

                     1.2.3    Menggalakkan penglibatan syarikat Bumiputera.

                     1.2.4    Memelihara serta mempertahankan kepentingan dasar perolehan Kerajaan bagi
                              mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.






                                                          1
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16