Page 1 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 1
S/K.KEW/PK/D /1100/000000/10/31JLD.34 SK.1 (18)
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2013
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
GARIS PANDUAN MENGENAI PENGURUSAN PEROLEHAN
INFORMATION TELECOMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) KERAJAAN
Tujuan
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan memaklumkan semua
Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai Garis Panduan
Pengurusan Perolehan ICT Kerajaan.
Latar Belakang
2. Selaras dengan kebergantungan Kerajaan terhadap penggunaan ICT yang
semakin hari semakin meluas, perolehan ICT seharusnya mengambil kira perubahan
pesat teknologi ICT bagi keperluan berterusan Kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu,
Agensi perlu bijak membuat pilihan apabila menilai dan memilih di antara pelbagai
delivery options untuk perolehan ICT yang ditawarkan di pasaran.
3. Garis Panduan ini dikeluarkan sebagai rujukan mengenai peraturan dan amalan
terbaik (best practices) bagi mempermudahkan urusan Agensi dalam melaksanakan
perolehan ICT. Garis Panduan ini turut mengandungi standard kontrak ICT bagi
perolehan perkhidmatan pembangunan sistem aplikasi untuk menjamin kepentingan
Kerajaan dalam urusan perolehan ICT.
Peraturan Semasa Perolehan ICT
4. Perolehan ICT boleh dibahagikan kepada lima (5) proses utama seperti berikut:
(i) Perancangan Perolehan;
(ii) Pelaksanaan Perolehan;
(iii) Proses Penilaian Perolehan;
(iv) Pemantauan dan Pelaksanaan Projek; dan
(v) Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak.