Page 71 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 71

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan





                          6.2.1  Hasil Penilaian Peringkat Pertama


                                 i. JPT telah menyemak dan meneliti setiap tawaran berdasarkan kepada
                                     spesifikasi/  syarat  wajib  dan  didapati  satu  (1)  daripada  empat  (4)
                                     petender  iaitu  petender  9/10  telah  gagal  kerana  tidak  mematuhi
                                     spesifikasi/ syarat wajib seperti di bawah:


                                    Bil    Petender                    Asas-Asas Penolakan
                                     1.      9/10      a)  Tidak  menyatakan  atau  menerangkan  cadangan
                                                           penyelesaian keperluan fungsian.

                                                       b)  Tidak mengemukakan cadangan dokumentasi bagi:

                                                            i. Manual Pentadbir Sistem
                                                           ii. Data Dictionary
                                                           iii. Rekabentuk Pangkalan Data

                                 ii. Petender 5/10, 6/10 dan 8/10 telah mematuhi semua spesifikasi/
                                     syarat wajib, oleh itu layak dinilai di Peringkat Kedua. Hasil Penilaian
                                     Peringkat  Pertama-Pematuhan  Kepada  Semua  Spesifikasi/  Syarat
                                     Wajib adalah seperti di Lampiran 4A4.


                          6.2.2  Hasil Penilaian Peringkat Kedua

                                 i. JPT telah menyemak dan meneliti  setiap  tawaran dan memberi
                                     markah  berpandukan  kepada  skema  permarkahan  yang  telah
                                     ditetapkan.  Perincian  pemarkahan  bagi  setiap  komponen  bagi
                                     Penilaian    Peringkat    Kedua     adalah    seperti   di    Lampiran
                                     4A5(a)-4A5(h).
                                 ii. Ringkasan  pemarkahan  yang  diperoleh  bagi  setiap  petender  5/10,
                                     6/10 dan 8/10 adalah seperti di Lampiran 4A6.

                                 iii. Ketiga-tiga  petender  iaitu  5/10,  6/10 dan  8/10 didapati telah
                                     memperolehi  markah  melebihi  70% dan layak untuk dinilai di
                                     peringkat seterusnya iaitu Pengujian Demonstrasi.


                          6.2.3  Hasil Pengujian Demonstrasi


                                 i. Perincian  pemarkahan  bagi  Pengujian  Demonstrasi  adalah  seperti  di
                                     Lampiran 4A7.


                                 ii. Ringkasan pemarkahan bagi Penilaian Peringkat Kedua dan Pengujian
                                     Demonstrasi adalah seperti berikut:








                                                                                                          61
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76