Page 70 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 70

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan



                          6.2    PENILAIAN TEKNIKAL


                                 i. Disepanjang  penelitian  ke  atas  tawaran  petender,  JPT  mendapati
                                     perkara-perkara berikut:-

                                     a. Terdapat  petender  yang  tidak  mengemukakan  jadual-jadual  yang
                                         diminta.
                                     b. Petender mengemukakan borang/jadual yang tidak diisi.
                                     c. Petender  mengemukakan  borang/jadual  kosong  yang  tidak
                                         ditandatangani.
                                     d. Petender mengembalikan contoh borang yang disediakan di dalam
                                         dokumen tender.
                                     e. Petender tidak mengemukakan brosur.
                                     f. Petender mengemukakan brosur tetapi untuk jenama atau model
                                         lain daripada jenama/model yang ditawarkan.
                                     g. Petender  memaklumkan  bahawa  spesifikasi  yang  ditawarkan
                                         comply  tetapi tidak menyatakan dengan jelas kapasiti atau setakat
                                         mana  comply tersebut. Oleh itu perbandingan  compliance/
                                         kelebihan tidak dapat dibuat.
                                     h. Petender  tidak  menyusun  dokumen  dengan  teratur  bagi
                                         memudahkan penyemakan.
                                     i. Petender  diminta  mengemukakan  Project  Management/Project
                                         Team bagi perolehan tetapi petender telah memberikan maklumat
                                         Pengurusan Syarikat.
                                     j. Latihan  dikehendaki  dibuat  sebelum  hand-over tetapi terdapat
                                         syarikat menawarkan latihan selepas hand-over.
                                     k. Maklumat  Latihan  hanya  dinyatakan  di  dalam  Implementation
                                         Schedule/Jadual Kerja, tiada penerangan mengenainya diberikan.
                                     l. Petender menawarkan spesifikasi kurang daripada spesifikasi yang
                                         dikehendaki.
                                     m. Terdapat  petender  yang  hanya  mengisi  maklumat  jenama  dan
                                         model  sahaja,  maklumat  terperinci  diminta  merujuk  kepada  data
                                         sheet/ brosur atau kepada item lain yang telah diisi sebelumnya.
                                     n. Terdapat  petender  yang  memberikan  Tempoh  Serahan  dengan
                                         menanda  di  dalam  Implementation  Schedule/Jadual  Kerja  sahaja,
                                         tiada  maklumat  secara  jelas/bertulis  dalam  minggu  atau  bulan
                                         diberikan.
                                     o. Terdapat  petender  yang  mengemukakan  maklumat  Khidmat
                                         Sokongan dalam sebaris ayat sahaja.
                                     p. Sukar  untuk  menyemak  spesifikasi  yang  ditawarkan  dengan
                                         maklumat dalam brosur kerana tiada tandaan dibuat.
                                     q. Maklumat  spesifikasi  yang  diisi  di  dalam  borang  tidak  dapat
                                         dibandingkan dengan spesifikasi yang dikehendaki dalam tender.


                                 ii. Penemuan di atas telah diambil kira di dalam pemberian markah dan
                                     memberi kesan kepada hasil penilaian secara keseluruhan.



                                                                                                          60
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75