Page 65 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 65
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
ditandakan pada dua (2) kedudukan sahaja sama ada mematuhi (M)
atau tidak mematuhi (T). Ciri spesifikasi/syarat wajib yang telah
ditetapkan adalah seperti di Lampiran 4A2.
ii. Petender yang mematuhi kesemua spesifikasi/ syarat wajib layak
dipertimbangkan untuk penilaian Peringkat Kedua.
5.3 Penilaian Peringkat Kedua – Pemarkahan
i. Penilaian dilaksanakan berasaskan kriteria penilaian dan skema
pemarkahan yang telah ditetapkan oleh JPT. JPT menetapkan
petender yang mendapat markah 70% dan ke atas adalah layak
diperakukan mengikut keutamaan kedudukan. Asas penetapan
markah sebanyak 70% ini adalah untuk memastikan keupayaan
teknikal yang dipilih dapat menjamin sistem yang dibangunkan
berkualiti, memenuhi keperluan dan memberi nilai faedah terbaik.
ii. JPT telah bersetuju dan memutuskan penilaian ke atas Spesifikasi
Teknikal dibuat bagi lapan (8) komponen dengan wajaran seperti
jadual di bawah. Penetapan nilai wajaran adalah berdasarkan kepada
kepentingan sesuatu komponen serta implikasinya kepada projek.
Bil. Kriteria Penilaian Wajaran (%)
1. Proposed Solution/ Functional Requirements 40
2. Technical Requirements 20
3. Support Services Information During Warranty Period 20
4. Proposed Implementation Schedule 5
5. Training Information 5
6. Project Management and Project Team 5
7. Documentation Information 3
8. Technical Architecture Design Diagram 2
Jumlah 100
iii. Skema pemarkahan digunakan bagi menunjukkan tahap ketepatan
kriteria yang ditawarkan oleh petender berbanding kriteria yang
diperlukan dalam dokumen tender. JPT telah bersetuju dan
memutuskan skema pemarkahan bagi setiap komponen adalah seperti
berikut:
55