Page 64 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 64
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
4. PENEMUAN JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL
4.1 Di sepanjang penelitian ke atas dokumen teknikal tender, JPT telah
mengenal pasti beberapa kelemahan/kekurangan di antaranya seperti
berikut:
i. Bilangan server yang ditulis dalam Worksheet 1 tidak sama dengan
bilangan server yang dinyatakan dalam dokumen tender.
ii. Maklumat yang diminta dalam Worksheet 1 tidak merangkumi
keseluruhan spesifikasi peralatan yang diperlukan di dalam dokumen
tender seperti maklumat berkenaan dengan Wireless Equipment.
Maklumat ini disebut dalam spesifikasi tender tetapi tiada ruang
disediakan dalam Worksheet 1 untuk diisi oleh petender.
5. METODOLOGI PENILAIAN
Penilaian Teknikal ke atas cadangan petender dijalankan seperti berikut:
5.1 Pematuhan Dan Kecukupan Dokumen Tender
JPT menyemak semua tawaran petender untuk memastikan semua
dokumen wajib yang ditetapkan untuk tawaran teknikal mencukupi.
Petender yang gagal mengemukakan mana-mana dokumen seperti
jadual di bawah tidak dinilai di peringkat seterusnya.
Bil. Dokumen/Maklumat
1. Worksheet 1 - Technical Requirements
2. Worksheet 2 - Support Services Information During Warranty Period
3. Worksheet 3 - Training Information
4. Worksheet 4 - Proposed Solution/ Functional Requirements
5. Worksheet 5 - Project Management and Project Team Curriculum Vitae
6. Worksheet 6 - Documentation Information
7. Worksheet 7 - Proposed Implementation Schedule
8. Worksheet 8 - Deviation
9. Technical Architecture Design Diagram
10. Brochures
5.2 Penilaian Peringkat Pertama – Pematuhan Kepada Spesifikasi/Syarat
Wajib
i. JPT membuat penilaian berasaskan pematuhan kepada beberapa
spesifikasi/syarat wajib yang telah ditetapkan dalam dokumen
spesifikasi teknikal. Pematuhan kepada spesifikasi/syarat wajib
54