Page 59 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 59

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     4.5.2    JPP  adalah  bertanggungjawab  di  dalam  memastikan  bahawa  sebelum  sesuatu
                              cadangan  perunding  dibuka  dan  dinilai,  kriteria  dan  sub  kriteria  penilaian
                              hendaklah  terlebih  dahulu  ditentukan.  Ini  adalah  penting  dalam  memastikan
                              perkara berikut:

                        (a)  Tidak  berlaku  sebarang  bias/berat  sebelah  terhadap  mana-mana  cadangan
                              perunding yang dinilai.

                        (b)  Mengenal pasti perkara yang perlu dinilai dalam cadangan perunding.


                     4.5.3    Proses dan kriteria asas pemilihan firma perunding ICT adalah seperti berikut:

                        (a)  Proses pemilihan firma perunding ICT hendaklah berdasarkan Manual Perolehan
                              Perkhidmatan Perunding, Kementerian Kewangan yang  berkuat kuasa.

                        (b)  Kriteria asas penilaian perkhidmatan perunding adalah seperti berikut:

                              (i)   Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dalam kod  bidang
                                    yang  berkaitan  sentiasa  aktif  untuk  sepanjang  tempoh  pelaksanaan
                                    projek/kajian.

                              (ii)   Pendaftaran  perunding  masih  sah  bagi  profesion  yang  etika
                                    perkhidmatannya  dikawal  oleh  Lembaga  Profesional  masing-masing  atau
                                    badan kawalan yang diiktiraf.

                              (iii)  Bilangan  kakitangan  profesional  firma  perunding  hendaklah  mencukupi,
                                    mempunyai kepakaran khusus dan  bersesuaian dengan projek/kajian.

                              (iv)  Firma  perunding  yang  mempunyai  nisbah  ekuiti  Bumiputera  melebihi
                                    ekuiti Bukan Bumiputera/Asing diberi pemarkahan yang lebih tinggi dalam
                                    sesuatu penilaian.

                              (v)   Firma  tempatan  di  negeri  projek/kajian  dilaksanakan  hendaklah  diberi
                                    permarkahan yang lebih tinggi.

                              (vi)  Pengalaman/pengetahuan  firma  dalam  melaksanakan  projek/kajian  yang
                                    seumpama dan prestasi firma bagi projek/kajian lepas.

                              (vii)  Bilangan,  nilai  dan  status  kerja  dalam  tangan  (ongoing  projects/studies)
                                    yang masih belum selesai pelaksanaannya.

                              (viii)  Kedudukan kewangan firma perunding.

                              (ix)  Sub-kriteria lain yang bersesuaian.








                                                         49
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64