Page 57 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 57
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
(c) Kepantasan (speed).
(d) Pematuhan kepada ciri-ciri keselamatan wajib.
(e) Pematuhan kepada keutamaan teknikal, contoh: equipment rating.
(f) Mempunyai sijil ujian/pengesahan standard.
(g) Keputusan ujian untuk ujian kualiti (quality control).
(h) Jangka hayat dan faktor keupayaan.
(i) Memenuhi keperluan pengguna dan berkualiti.
(j) Keputusan ujian dan analisa. Pematuhan kepada Standard Malaysia atau
Standard Antarabangsa.
(k) Solutions/System Design
Penilaian berasaskan kepada keupayaan (usability and functionality) solutions yang
ditawarkan. Solutions/teknologi yang ditawarkan hendaklah setara atau lebih baik
daripada spesifikasi yang dikehendaki dalam Sebut Harga/Tender dan boleh
menyokong keperluan masa hadapan (capacity for growth).
(l) Pengurusan Risiko
Penilaian hendaklah mengambil kira risiko yang dikenal pasti boleh diterima
(acceptable risks) atau sebaliknya serta kaedah menangani risiko yang
dicadangkan.
4.4 Penilaian Pra Kelayakan Bagi Perolehan Secara eBidding
4.4.1 Jawatankuasa Penilaian Pra Kelayakan hendaklah terdiri daripada sekurang-
kurangnya tiga (3) ahli seperti berikut:
(a) Seorang Pengerusi dan dua (2) orang ahli.
(b) Pengerusi hendaklah daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan
Profesional.
(c) Dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.
4.4.2 Jawatankuasa Penilaian Pra Kelayakan hendaklah bermesyuarat untuk menilai
tawaran secara terperinci berasaskan spesifikasi teknikal dan kriteria Pra
Kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi.
4.4.3 Jawatankuasa Penilaian Pra Kelayakan hendaklah mengemukakan laporan
penilaian dan syor senarai pendek pembekal yang akan dijemput untuk
menyertai bidaan atas talian melalui Urus Setia Lembaga Perolehan
Kementerian/Jabatan atau Jawatankuasa Sebut Harga untuk kelulusan pihak
bertanggungjawab seperti berikut:
47