Page 53 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 53

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     4.1.5    Contoh  Laporan  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  adalah  seperti  di  Lampiran
                              4A.


               4.2  Penilaian Harga Bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan ICT

                     4.2.1    Penilaian  harga  hendaklah  mengambil  kira  faktor-faktor  seperti  syarat
                              pembayaran,  kadar  pembayaran,  tempoh  diskaun,  harga  pasaran  terbuka,
                              keupayaan syarikat dan sebagainya.

                     4.2.2    Perbandingan  di  antara  setiap  tawaran  syarikat  hendaklah  dibuat  berasaskan
                              kepada faktor atau unsur yang sama (equal footing).

                     4.2.3    Jawatankuasa  Penilaian  Harga  hendaklah  terdiri  daripada  sekurang-kurangnya
                              dua (2) orang ahli yang mahir, berpengalaman dan berkelayakan seperti berikut:

                        (a)  Seorang Pengerusi dan seorang ahli.

                        (b)  Salah  seorang  ahli  hendaklah  daripada  Kumpulan  Pengurusan  dan  Profesional
                              atau setaraf.

                     4.2.4    Penilaian Harga boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

                        (a)  Pematuhan Dan Kecukupan Dokumen Sebut Harga/Tender

                              Menyemak semua tawaran syarikat dan memastikan semua dokumen wajib yang
                              ditetapkan dalam Sebut Harga/Tender untuk tawaran harga mencukupi.

                        (b)  Semakan Am Berkaitan Syarikat

                              (i)   Jawatankuasa  Penilaian  Harga  perlu  menyemak  kedudukan  syarikat
                                    berdasarkan  profail  syarikat,  status sijil pendaftaran atau sijil taraf
                                    Bumiputera sama ada masih berkuat kuasa atau pun tidak serta kepakaran
                                    khusus/syarikat perlu bersamaan dengan kod bidang pendaftaran syarikat.

                              (ii)   Jawatankuasa  Penilaian  Harga  juga perlu menyemak perkara-perkara
                                    berikut:

                                    1)  Bilangan kakitangan yang akan terlibat dalam projek.
                                    2)  Profil  pekerja  yang  dicadangkan  oleh  syarikat  bersesuaian  dengan
                                         kadar harga yang ditawarkan.
                                    3)  Pengalaman dan prestasi kontrak perolehan semasa atau yang lepas.
                                    4)  Perkara-perkara  lain  yang  berkaitan  tentang  syarikat  atau  perkara
                                         yang berkaitan mengenai Sebut Harga/Tender berkenaan.








                                                         43
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58