Page 52 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 52
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
tiada spesifikasi wajib ditetapkan semasa penyediaan dokumen spesifikasi
teknikal, proses penilaian boleh diteruskan ke peringkat kedua.
(c) Penilaian Peringkat Kedua
(i) Penilaian peringkat ini dibuat terhadap spesifikasi wajib dan spesifikasi am
yang ditetapkan dalam dokumen spesifikasi teknikal. Penilaian dibuat
berasaskan kepada wajaran dan sistem pemarkahan (point system) yang
telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi atau
Jawatankuasa Penilaian Teknikal di peringkat awal sebelum penilaian
dijalankan.
(ii) Penetapan nilai wajaran bagi setiap komponen teknikal ditentukan
mengikut kepentingan setiap komponen dan kesannya kepada pelaksanaan
projek.
(iii) Penentuan skema pemarkahan bagi setiap komponen teknikal dibuat
secara objektif dan kuantitatif. Pemberian markah bagi setiap item teknikal
yang ditawarkan dibuat berdasarkan kepada tahap ketepatan sesuatu
tawaran memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan dalam dokumen
Sebut Harga/Tender.
(iv) Tiada lebihan markah boleh diberikan bagi tawaran syarikat yang melebihi
spesifikasi minimum yang ditetapkan dalam dokumen Sebut Harga/
Tender. Namun, Agensi boleh mencatatkan kelebihan berkenaan dalam
Laporan Penilaian Teknikal sebagai makluman untuk pertimbangan Pihak
Berkuasa Melulus.
(v) Bagi spesifikasi teknikal yang memerlukan cadangan penyelesaian terbaik,
lebihan markah boleh diberikan kepada proposed solution/tawaran/
cadangan teknikal terbaik yang dikemukakan oleh syarikat.
(d) Contoh penetapan Skema Pemarkahan Teknikal adalah seperti jadual di bawah:
Jadual: Skema Pemarkahan Teknikal
Markah Ciri Ketepatan
Memenuhi Spesifikasi Minimum
2 Spesifikasi yang ditawarkan memenuhi spesifikasi
minimum
Deviation
Terdapat sedikit penyimpangan spesifikasi tetapi
1
tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan atau
barangan yang ditawarkan.
Tidak Memenuhi Spesifikasi Minimum
0 Tidak memenuhi spesifikasi minimum atau tidak
mengemukakan maklumat.
42