Page 51 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 51
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
BAB 4
PROSES PENILAIAN PEROLEHAN ICT
Penilaian bagi pemilihan syarikat hendaklah mengikut kaedah semasa yang ditetapkan dengan
mengambil kira nilai faedah terbaik yang merangkumi the best combination of whole life cost di
dalam menyediakan required capability at acceptable treated risk.
Sebelum menilai sesuatu perolehan/projek ICT, Kementerian/Agensi hendaklah terlebih dahulu
menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan secara
rasmi dan berasingan dalam melaksanakan proses penilaian selaras dengan dengan tatacara
perolehan semasa seperti berikut:
4.1 Penilaian Teknikal Bagi Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan ICT
4.1.1 Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah membuat penilaian secara terperinci
bagi memastikan penilaian yang dibuat adalah berasaskan kepada spesifikasi
perolehan yang ditetapkan di dalam dokumen Tender/Sebut Harga.
4.1.2 Penilaian hendaklah dibuat berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan
dan penyataan pematuhan (statement of compliance). Bagi maksud perolehan
ICT, maklumat dan teknologi semasa mengenai barang/perkhidmatan tersebut
boleh diambil kira.
4.1.3 Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya
tiga (3) orang ahli yang mahir, berpengalaman dan berkelayakan mengenai
barangan/perkhidmatan ICT tersebut seperti berikut:
(a) Seorang Pengerusi dan dua (2) orang ahli.
(b) Sekurang-kurangnya salah seorang ahli hendaklah daripada Kumpulan
Pengurusan dan Profesional atau setaraf.
(c) Pegawai daripada MAMPU, JPM atau Agensi berkaitan bagi Kementerian/
Agensi yang tidak mempunyai kemahiran dalaman.
4.1.4 Penilaian Teknikal boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
(a) Pematuhan Dan Kecukupan Dokumen Sebut Harga/Tender
Menyemak semua tawaran syarikat dan memastikan semua dokumen wajib yang
ditetapkan dalam Sebut Harga/Tender untuk tawaran teknikal mencukupi.
(b) Penilaian Peringkat Pertama
Penilaian berasaskan pematuhan kepada beberapa spesifikasi mandatori/wajib
yang telah ditetapkan dalam dokumen spesifikasi teknikal bagi menentukan sama
ada syarikat layak dipertimbangkan untuk Penilaian Peringkat Kedua. Sekiranya
41