Page 54 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 54

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                        (c)  Penilaian Harga Tawaran

                              (i)   Jawatankuasa perlu membuat analisa harga yang ditawarkan oleh syarikat
                                    berasaskan  kesaksamaan  dan  harga  pasaran  terbuka.  Untuk  tujuan
                                    perbandingan,  harga  anggaran  Jabatan  yang  disediakan  perlu
                                    menunjukkan  maklumat  terperinci  mengenai  pecahan  harga  yang
                                    dijangkakan.  Jawatankuasa  perlu  mengambil  inisiatif  untuk  menyemak
                                    semula  harga  pasaran  terkini  dengan disokong dokumen-dokumen yang
                                    berkaitan.

                              (ii)   Di  dalam  membuat  penilaian  harga  sesuatu  sebut  harga/tender,  faktor
                                    seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh bayaran, diskaun
                                    dan sebagainya perlu diambil kira.

                              (iii)  Penilaian bagi pembelian harta modal projek ICT hendaklah berdasarkan
                                    kepada  prinsip  tawaran  harga  menyeluruh  (total  cost  bid),  yang
                                    bermaksud  mengambil  kira  harga  barangan,  alat  ganti,  latihan,
                                    pentauliahan/pemasangan, jaminan, penyelenggaraan dan lain-lain.

                        (d)  Penilaian Keupayaan Kewangan Syarikat

                              (i)   Jawatankuasa  Penilaian  Harga  hendaklah  membuat  penilaian  terhadap
                                    keupayaan  kewangan  syarikat  bagi  perolehan  secara  tender.  Ini  bagi
                                    memastikan  syarikat  yang  terpilih  adalah  berkeupayaan  dan  kukuh  dari
                                    segi kedudukan kewangannya dalam menyempurnakan obligasi kontrak.

                              (ii)   Kegagalan  untuk  menyemak  kedudukan  keupayaan  kewangan  syarikat
                                    boleh meningkatkan risiko kegagalan projek kerana kemungkinan syarikat
                                    yang  dilantik  tidak  mempunyai  keupayaan  yang  mencukupi  bagi
                                    menyelesaikan obligasinya.

                              (iii)  Penilaian  keupayaan  kewangan  syarikat  hendaklah  dibuat  berdasarkan
                                    dokumen-dokumen berikut:

                                    1)  Profil  dan  kedudukan  kewangan  syarikat  yang  mengandungi
                                         maklumat terperinci tentang latar belakang dan keupayaan kewangan
                                         syarikat.

                                    2)  Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah disahkan dan diaudit
                                         oleh  Juruaudit  bertauliah  bagi  tahun  kewangan  terakhir  atau
                                         sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya.

                                    3)  Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai wang dalam tangan
                                         syarikat  bagi  tiga  (3)  bulan  terakhir  sebelum  tarikh  tutup  tender.
                                         Semakan  ke  atas  penyata  bulanan  akaun  bank  boleh  memberi
                                         gambaran  kedudukan  kewangan  syarikat  untuk  menampung  kos
                                         operasi  syarikat.  Sekiranya  penyata  tersebut  menunjukkan  keadaan
                                         positif (peningkatan wang masuk melebihi wang  keluar) kedudukan
                                         syarikat tersebut adalah stabil.




                                                         44
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59