Page 46 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 46
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
(ii) Kajian berkaitan pengurusan seperti pengurusan sumber manusia,
kewangan dan perakaunan, percukaian, pengurusan kualiti, perundangan,
kerja-kerja audit kewangan, kerja-kerja audit pengurusan, teknologi
maklumat dan komunikasi serta bidang-bidang pengurusan lain; dan
(iii) Perkhidmatan Perunding lain mengikut kategori yang diperlukan oleh
Agensi dan ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
(b) Sebelum Agensi melaksanakan sesuatu projek/kajian Kerajaan, Agensi hendaklah
menentukan terlebih dahulu keperluan projek/kajian tersebut serta bidang dan
skop perkhidmatan firma perunding yang diperlukan dengan mengambil kira
keupayaan Agensi iaitu dari segi kepakaran dan pengetahuan kakitangan Agensi
sedia ada.
(c) Agensi hendaklah mengutamakan penggunaan kepakaran dalaman sektor awam
untuk perolehan perkhidmatan perunding ICT.
(d) Pemilihan Firma Perunding hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan tiga
kaedah berikut:
(i) Lantikan Terus Berserta Kos Siling.
(ii) Tender Terhad.
(iii) Tender Terbuka (tanpa/melalui pra kelayakan).
(e) Firma perunding adalah dibenarkan untuk bergabung bagi memenuhi kriteria
minimum yang ditetapkan oleh Agensi untuk pelaksanaan projek pembangunan
bukan fizikal/kajian Kerajaan. Sekiranya gabungan dibenarkan, Agensi hendaklah
menetapkan kaedah gabungan sama ada gabungan tersebut adalah secara project
basis atau secara penubuhan konsortium. Kaedah gabungan hendaklah
dinyatakan secara upfront di dalam iklan/dokumen pelawaan.
(f) Perolehan perkhidmatan perunding luar (outsourcing) hendaklah mematuhi
perkara-perkara berikut:
(i) Mendapatkan persetujuan/kebenaran daripada Pegawai Pengawal/Ketua
Jabatan.
(ii) Mendapatkan persetujuan MAMPU melalui JPICT Kementerian/Agensi
selaras dengan Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding yang berkuat
kuasa.
(g) Perolehan perkhidmatan perunding adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa.
36