Page 42 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 42
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
3.7 Kelulusan Spesifikasi/ TOR
3.7.1 Spesifikasi yang disediakan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan ICT hendaklah
dikemukakan/dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Projek/Jawatankuasa
Teknikal Projek/Pegawai yang diberi kuasa untuk kelulusan sebelum perolehan
dilaksanakan.
3.7.2 TOR bagi perkhidmatan perunding ICT yang disediakan hendaklah disemak dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) terlebih dahulu sebelum
proses perolehan dilaksanakan.
3.8 Penentuan Kaedah Perolehan
Agensi boleh melaksanakan perolehan bekalan/perkhidmatan ICT sama ada secara
Pembelian Terus, Sebut Harga, Tender Terbuka, Tender Terbuka Pra Kelayakan, Tender
Terhad, Request For Proposal (RFP) atau eBidding tertakluk kepada had nilai dan tatacara
perolehan yang berkuat kuasa.
Sekiranya Agensi memerlukan syarikat mengadakan demonstrasi/benchmarking/
prototype/POC ke atas tawaran yang dikemukakan, keperluan tersebut hendaklah
dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga/Tender. Kerajaan tidak akan menanggung
sebarang kos yang terlibat untuk pelaksanaan demonstrasi/benchmarking/prototype/POC.
Demonstrasi/benchmarking/prototype/POC hendaklah dilaksanakan di kalangan syarikat
yang telah lulus penilaian dan telah di senarai pendek
Perolehan perkhidmatan perunding ICT boleh dilaksanakan secara Lantikan Terus
Berserta Kos Siling/Tender Terhad/Tender Terbuka tertakluk kepada had nilai yang
ditetapkan. Syarikat yang dilantik menjadi perunding tidak boleh menjadi kontraktor
(service provider) kepada projek yang sama.
3.8.1 Item Kontrak Pusat/ Kontrak Panel
Semua Agensi yang berkaitan hendaklah menggunakan Kontrak Pusat apabila
membeli barangan gunasama yang terdapat di dalam Kontrak Pusat yang
diuruskan oleh Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melainkan mendapat
pengecualian Perbendaharaan terlebih dahulu.
3.8.2 Perolehan Secara Sebut Harga
(a) Perolehan bekalan/perkhidmatan ICT yang bernilai melebihi RM50,000 hingga
RM100,000 hendaklah dipelawa secara Sebut Harga di kalangan sekurang-
kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
(b) Perolehan bekalan/perkhidmatan ICT yang bernilai melebihi RM100,000
hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara Sebut Harga di kalangan
sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
32