Page 44 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 44

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                        (b)  Agensi  hendaklah  menjelaskan  kepada  semua  syarikat  yang  menyertai  tender
                              RFP dan memasukkannya di dalam dokumen RFP, syarat-syarat khusus seperti
                              berikut:

                              (i)   Sekiranya  diperlukan,  Agensi  berhak  memilih  satu  cadangan  RFP  atau
                                    kombinasi  RFP  untuk  dijadikan  satu  spesifikasi  baru  Agensi  tanpa
                                    melibatkan sebarang bayaran atau pampasan kepada syarikat.
                              (ii)   Kerajaan  tidak  terikat  untuk  melantik  mana-mana  syarikat  berdasarkan
                                    cadangan RFP yang dikemukakan.
                              (iii)  Syarikat  bertanggungjawab  (accountable) terhadap apa-apa  representasi
                                    dan dokumen RFP yang dikemukakan adalah sulit.

                        (c)  Dokumen RFP perlu mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

                              (i)   Ringkasan eksekutif mengenai pendekatan (approach) pelaksanaan projek.
                              (ii)   Proses pelaksanaan projek, project milestones dan serahan projek.
                              (iii)  Cadangan skop projek.
                              (iv)  Maklumat  korporat  syarikat  termasuk  saiz  syarikat  dan  keupayaan
                                    kewangan.
                              (v)   Kepakaran/keupayaan tenaga kerja syarikat.
                              (vi)  Pengalaman  syarikat  dalam  bidang  yang  berkaitan  termasuk  senarai
                                    projek/pelanggan.
                              (vii)  Cadangan  prosedur  menangani  risiko  seperti  kelewatan  projek,  isu-isu
                                    pelaksanaan dan risiko kewangan yang terlibat.
                              (viii)  Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

                        (d)  Agensi  hendaklah  menubuhkan  satu  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  dan
                              Kewangan bagi menilai semua cadangan RFP. Laporan hasil penilaian hendaklah
                              dibentangkan kepada Lembaga Perolehan Agensi untuk keputusan.

                        (e)  Dalam  keadaan  di  mana  semua  RFP  yang  ditawarkan  oleh  syarikat  tidak
                              memenuhi  keperluan  Agensi,  Jawatankuasa Penilaian  Teknikal  boleh  membuat
                              syor  kepada  Lembaga  Perolehan  Agensi  untuk  menerima  pakai  beberapa
                              gabungan RFP untuk dijadikan sebagai keperluan baru Agensi.

                        (f)   Sekiranya Lembaga Perolehan Agensi bersetuju, penyediaan spesifikasi baru yang
                              meliputi  maklumat  teknikal  dan  kewangan  (harga  dan  keupayaan  kewangan
                              syarikat)  hendaklah  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Penyediaan  Spesifikasi  dan
                              pelawaan  semula  hendaklah  dibuat  kepada  syarikat  yang  mengemukakan  RFP.
                              Tempoh  dan  tawaran  tender  hendaklah  selaras  dengan  peraturan  dan  tatacara
                              perolehan yang berkuat kuasa.

                        (g)  Penilaian Teknikal dan Kewangan kali kedua hendaklah dibuat mengikut tatacara
                              penilaian  Tender  dan  dibentangkan  kepada  Lembaga  Perolehan  Agensi  untuk
                              keputusan.








                                                         34
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49