Page 39 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 39
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
BAB 3
PELAKSANAAN PEROLEHAN ICT
3.1 Mewujudkan Struktur Tadbir Urus Projek ICT
3.1.1 Agensi hendaklah mengenal pasti dan menubuhkan struktur tadbir urus projek
selaras dengan Panduan Pelaksanaan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam yang
dikeluarkan oleh MAMPU, JPM bagi mengurus dan memantau pelaksanaan
projek dari peringkat awal hingga penyerahan projek.
3.1.2 Setiap projek ICT mestilah mempunyai struktur tadbir urus yang jelas terma
rujukannya bagi memantau kemajuan pelaksanaan projek ICT. Setiap ahli
jawatankuasa berkaitan perlu dilantik secara rasmi dan seterusnya dimaklumkan
terma rujukan masing-masing.
3.1.3 Struktur tadbir urus utama dalam pelaksanaan setiap projek ICT adalah seperti
berikut:
(a) Jawatankuasa Pemandu Projek
(i) Bertanggungjawab dalam melulus dan mengesahkan pelaksanaan setiap
peringkat projek berdasarkan kepada cadangan dan perakuan yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal Projek dan Pasukan Projek.
(ii) Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam
tempoh projek atau mengikut keperluan.
(iii) Perincian keahlian dan bidang tugas Jawatankuasa Pemandu Projek seperti
di Lampiran 3A.
(b) Jawatankuasa Teknikal Projek
(i) Bertanggungjawab dalam memutuskan perkara-perkara teknikal di dalam
projek tersebut.
(ii) Mesyuarat dan perjumpaan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya
sebulan sekali sepanjang tempoh projek atau mengikut keperluan.
(iii) Perincian keahlian dan bidang tugas Jawatankuasa Teknikal Projek seperti
di Lampiran 3B.
(c) Pasukan Projek
(i) Setiap projek ICT perlu mewujudkan Pasukan Projek yang mesti diterajui
oleh personel ICT yang kompeten dan berkemahiran dalam pengurusan
projek ICT.
29