Page 40 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 40
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
(ii) Pasukan ini terdiri daripada satu (1) atau lebih kumpulan yang akan
memberi fokus kepada bidang teknikal dan bisnes mengikut keperluan dan
kesesuaian projek.
(iii) Bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan projek mengikut
skop yang ditetapkan.
(iv) Perincian keahlian dan bidang tugas Pasukan Projek seperti di Lampiran
3C.
3.2 Keperluan Penyediaan Spesifikasi/ Terma Rujukan (Terms of Reference -TOR)
3.2.1 Penyediaan spesifikasi (bekalan/perkhidmatan ICT)/TOR (perkhidmatan
perunding ICT) yang jelas dan lengkap adalah penting untuk memastikan agensi
dapat memahami keperluan dan kehendak projek yang ingin dilaksanakan dan
seterusnya memastikan kelancaran sesuatu projek dan kajian. Selain itu ia
bertujuan untuk tidak menimbulkan keraguan/kekeliruan kepada kontraktor/
pembekal/perunding ICT tentang apa yang dikehendaki oleh Agensi.
3.2.2 Agensi bertanggungjawab menyediakan spesifikasi/TOR yang baik bagi
mengurangkan risiko kelewatan pelaksanaan projek/kajian, tambahan kos atau
salah tafsiran ke atas kehendak sebenar Agensi. Selain itu, ia juga dapat
membantu agensi dalam membuat anggaran kos yang lebih tepat.
3.3 Penubuhan Jawatankuasa Spesifikasi Bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan ICT
Satu Jawatankuasa Spesifikasi hendaklah dilantik oleh Ketua Agensi bagi menyediakan
spesifikasi umum/khusus/teknikal bagi setiap perolehan yang hendak dibuat. Ahli
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai yang
mahir dan berkelayakan dalam bidang berkenaan dan boleh juga terdiri daripada wakil
Agensi lain yang berkaitan.
3.4 Penubuhan Pasukan Penyediaan Terma Rujukan Bagi Perolehan Perkhidmatan
Perunding ICT
Bagi perkhidmatan perunding ICT, Agensi hendaklah menyediakan TOR bagi setiap
projek/kajian yang ingin dilaksanakan. Penyediaan TOR sebaik-baiknya disediakan secara
berpasukan yang terdiri daripada pegawai yang berpengetahuan dalam projek/kajian
tersebut.
3.5 Butiran Spesifikasi
3.5.1 Dalam menggariskan spesifikasi, perkara-perkara seperti warna, saiz, bentuk,
kualiti, pembungkusan, nisbah, kandungan dan butir-butir lain yang berkaitan
hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya tidak menimbulkan keraguan kepada
kontraktor/pembekal tentang apa yang dikehendaki oleh agensi.
30